Apa kejadah nyer Streamyx penipu besar?

Aku sebenarnya lama dah nak cerita pasal menatang alah problem Streamyx yang terjadi ari tuh tapi tak berkesempatan dengan kije aku yang berlambak. Benda ni jadi sebulan yang lepas dan time tuh aku memang tengah guna Streamyx kat umah. Tetiba line internet aku rasa slow nak mampos. Selalu nyer kalau aku tak bayar bil ke ape ke…confirm tros takleh pakai. Tapi ni tak putus, just slow giler jer.

Benda pertama sekali aku buat, aku call opis aku tanya. Kalau internet macam ni punya slow, mesti ada core link down kat memana. Aku call opis aku tanya bebudak opis, diorang cakap XXXXX link semua ok, takde major alarm. XXXXX link ni link-link core untuk company aku kat seluruh dunia. Aku dah start pelik dah..haram jadah la ni..Aku siap cakap kat diorang lagi, standby la. Confirm ada nanti call masuk cakap ada link memana down & aku mintak diorang cakap kat aku mana yang down. Aku soh diorang check internet kat opis, diorang cakap takde problem pasal guna TIME.com pon. Diulang, TIME bukan TM.NET.

Lama aku menunggu, aku call lagi skali. Diorang confirm cakap takde core link down. Sah, ini confirm Streamyx buat hal. Kalau cam problem ari tuh yang kabel bawah laut kat celah bedah mana dulu down, memang opis aku busy giler dulu sebab kitorang memang ada share dalam core link tuh. Memandangkan tuh hujung minggu, aku tak kije, so aku malas nak amik tahu sangat. So aku wat bodoh jer la dulu. Then start kecoh-kecoh kat blog-0-rama Malaysia, streamyx slow nak mampos.

Lepas tuh aku guna proxy sebab nak test betul tak teori aku Streamyx ada problem. Cantek jer laju aku guna proxy. Sah Streamyx bangang. Lpeas tuh aku pegi opis guna internet, semua cun takde masalah. Melengkapkan lagi teori aku Streamyx ada problem sendiri.

Lepas tuh, dalam 6 hari, Streamyx wat announcement. Mula-mula sekali, kita tengok official statement dari Streamyx.

Dear Valued Customers,

Telekom Malaysia Berhad (TM) wishes to announce that there is a disruption of its Internet services since 18 February 2009 due to circuit fault on the Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) between Kuantan – Katong in Singapore and Shantou – Tanshui in Taiwan linking Malaysia to the United States (US).

Due to this, customers using Internet services may now experience slow browsing while accessing content hosted in the U.S. In addition, customers using other IP services such as Virtual Private Network (VPN) and other critical business applications linked to the US may also experience some service degradation.