Apa kes facebook nak tutup?

Aku baru jer lepas baca berita kat Mstar psl 1malaysia.com ni..isk isk isk..tak tahu la aku nak cakap camana…perasaan aku memang serabut sangat..geram pon ada…senang cerita..bercampur baur perasaan aku ni….

Ramai yang tahu laman 1malaysia.com ni meletup lepas kuar berita facebook kata nak tutup. Berita penuh, korang cari ler sendiri. Intipati berita dia pasal facebook nak tutup la..apa lagi. Reason dia pasal Mark Z kata dia tak larat dan tertekan dengan facebook yang memakan hidup dan personal life dia. Hello? Sape caya berita ni aku leh cakap mmg leh masuk sekolah 10 kali lagi pon belum tentu lagi tak percaya.

Aku bagi 2 reason jer la kenapa berita tuh confirm berita tipu.

1. FB skang ni bukan FB zaman cerita social network tuh. FB skang ni dah berapa ramai developer yang kije ngan dia. Senang cerita Mark Z dah takde nak coding site tuh sendiri dah….dia dah ada kuli-kuli dia sendiri. Bukan kije dia dah nak pening kepala coding menatang tuh. Skang ni kije dia goyang kaki, tunggu duit masuk & pegi salam ngan orang time ada function pape. Tuh jer.

2. Kalau betul pon dia dah serabut, kejadah nyer dia nak tutup tros facebook yang bernilai berbillion2 USD tuh..Kalau dah serabut sangat…jual jer pada sesapa. Google dah dari zaman dulu kala lagi dah berapa kali offer Mark Z nak beli Facebook. Mark Z jer tak nak jual pasal dia tahu FB ni asset dia..dia jual FB, dia kena pikir benda lain untuk jadikan from nothing smp jadi FB, mungkin dah tak wujud kat internet dalam masa 10 tahun ni. Tapi kalau dia jual pon, aku rasa duit dia tak abes makan sampai 7 keturunan.

Aku nak sambung lagi pasal 1malaysia.com tapi kena kuar jap. Kawan aku ajak lepak sepam. Papehal..gua salut lu Mark Z !

Similar Posts:

4 Replies to “Apa kes facebook nak tutup?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge