Boikot Israel = Boikot Arsenal ?

Aku dah lama dah tak update blog. Bukan ketandusan idea nak update tetapi aku amat sibuk dengan kerja-kerja di pejabat, lantas membantutkan hasrat aku untuk menulis di sini. Kalau diikutkan, bertimbun-timbun kerja tengah menunggu, tapi aku gagahkan juga menaip kerana ada sebab yang membuatkan darah aku menggelegak. (fuh, poyo giler !)

Sekarang ni setiap hari berita tengah kecoh dengan serangan Israel ke atas Gaza dan bumi Palestine. Bukan setakat berita dan akhbar, malah para blogger sekalian pon ingin berkongsi pendapat, pandangan dan resolusi masing-masing ke atas isu ini. Ada yang boikot Fotopages seperti Rohaizad, ada yang bertanya sejauh mana kita peduli pasal Palestin seperti Affuan, Megat mengajak kita bersatu membantu Palestin dan memboikot Israel jugak dan macam-macam lagi.

Berbalik kepada persoalan yang membuatkan hati aku panas tadi adalah daripada seorang blogger yang penyokong tegar Manchester United. Mungkin sesetengah orang tahu, mungkin ramai yang tidak tahu aku peminat Arsenal. So sememangnya orang-orang Big Four kat EPL ni suka kutuk team sana-sini (tapi bukan aku). So aper yang membuatkan aku rasa terbakar tadi? Ni sebenarnya puncanya !

manu1

Selalunya aku memang boleh tahan kalau orang dok kutuk Arsenal, pasal aku sedar kutuk-mengutuk tuh perkara biasa jer. Tapi tak tahu la kenapa kali ni aku rasa tersentap sangat! Aku tak tahu kaitan lain Arsenal selain David Dean, salah seorang dari Board of Directors Arsenal adalah Jewish, Fly Emirates konon nyer ada kaitan ngan Israel jugak dan Arsenal pernah konon nyer nak promote Israel sebagai destinasi perlancongan as part of sponsorship deal (aku pon tak tahu apa jadi dengan kes ni pasal dapat tentangan hebat dari penyokong Arsenal.)

Berbalik kepada persoalan, Manchester United dipunyai oleh Malcolm Glazer. Kalau korang baca Wikipedia tuh, korang akan nampak yang mamat Glazer ni terang-terang Jewish. Aku malas nak korek banyak pasal sponsor-sponsor Manchester yang lain seperti Budweiser pasal cukup satu point tuh jer. Bila ko sokong Manchester United, ko mengkayakan Malcolm Glazer. Ko mengkayakan Malcolm, maknanya ko pikir sendiri. Aku lantas memberikan komen di bawah untuk tuan punya blog dan berikut adalah balasan nyer.

manu2

Gelak serius atau gelak memain tuh?

Aku sokong Arsenal tapi kerana aku suka tengok diorang main bola. Aku tak pernah beli barangan Arsenal original kerana mahal. Aku tak pernah lagi menonton Arsenal live di stadium sekadar di mamak sahaja. Aku tak pernah naik Fly Emirates pon pasal aku tak pernah ke luar negara. So adakah aku perlu boikot Arsenal kerana nak memboikot Israel ??

Aku teringat kata-kata Megat dan Rohaizad dalam menulis blog, bukan mudah kerana kita perlu mencari fakta dan alasan kukuh (aku try cari entry tuh tapi tak jumpa plak). Senang cerita, nak tulis blog, jangan main merapu jer. Buat analisa dan perdalamkan pencarian maklumat. Dan untuk penulis entry tersebut, aku bukan nak start perang ke ape ke, just kita saling sama menegur. Btol tak? Tapi paperhal pon, aku terpaksa cakap….(style gotcha Hitz FM)

Arsenal 1 – 0 Manchester United

p/s : Jed Yoong kata kalau nak boikot Jews dan USA yang sokong Israel, kita patut boikot Blogspot dan WordPress jugak. Aku ada cadangan lebih baik. Kita gunakan Blogspot dan WordPress tuh untuk membalas serangan diorang plak. Gunakan harta/teknologi mereka untuk menyerang mereka. Setuju ?

Similar Posts:

75 Replies to “Boikot Israel = Boikot Arsenal ?”

  1. Pingback: fark.my
  2. Pingback: negaraku.net
    1. aku tak cakap semua Man United fan fanatik giler..lain orang…lain tahap minat diorang…ada stengah orang minat tgk Man U main…ada sesetengah lain fanatik giler mengalahkan hooligan kat UK tuh…

    1. aku pon gatal tangan nak tulis pasal tuh gak..aper daaaa….goyang cam lalang…dah hujan nak wat camana? btol tak? lain kali jangan wat game musim hujan..lepas tuh dah kata nak tangguh..tup2 bg menang percuma plak dah…

  3. Sebenarnya bukan dari hari ni, patutnya umat Islam patut sedar dh lame ttg boikot Israel dan sekutunya yg support zionis ni sbb dah 60 tahun Palestin diceroboh..
    Setuju dgn ulquiorra yg x semua yahudi itu suke keganasan dan sokong zionis. hanya zionis yg melakukan kekejaman.
    tapi x setuju psl Muslim tu..smmgnye Islam tidak m’galakkan keganasan…
    lagi 1 boikotla jika mmg jelas brgn or servis tu support zionis..yg smr2 tu boleh dimaafkan tapi kalo boleh dielakkan. boikot scr konsisten k..
    tapi ak tetap sokong Selangor FC, hehe.. jugak still tgk Arsenal main

    1. ko org Arsenal gak ke beb? berapa kerat jer aku jumpa orang Arsenal stakat ni..hehe…

      pendapat yg sangat aku sokong..cth kalau kita boikot Dell. Camana ngan org2 yg kije ngan Dell? camana kalau diorang amik keputusan nak buang semua pekerja beragama Islam atas alasan org Islam boikot barangan Dell, buat ape Dell nak hire org Islam?

      permasalahan boikot ni bg aku memang wajar tapi kita takleh nak boikot secara membabi buta sbb tokey dia Jew kecuali yang memang ada kaitan dengan keganasan di sana.

  4. saudara ibnmasir,

    Saya memang tidak setuju umat islam tu kumpulan pengganas. Saya cuma mengguna contoh diatas kerana kita tahu media barat memang gemar melabel seluruh umat islam sebagai kumpulan pengganas semenjak kejadian 911 di amerika pada tahun 2001.

    Ulquiorras last blog post..Phua Chu Kang is not dead yet

    1. Ulquiorra, mungkin ibnmasir tersalah tafsir maksud anda. Semua agama menggalakkan keamanan..btol tak? Saya tak pernah tahu agama yang menggalakkan pertumpahan darah. Islam memang membenarkan perang atas dasar mempertahankan Islam dan diri sendiri, tapi tak membenarkan perang untuk menghapuskan etnik.

    1. selain dari Carlsberg yg aku tak tahu ada kaitan ngan Jews ke tak…Yossi Benayoun sememangnya warganegara Israel…hehe…kalau Chelsea dulu dia ada Avram Grant ngan Tal Ben Haim..skang aku tak tahu mana dedua lesap…

  5. hm..bile kita baca surat khabar dan tgk berita kat tv pasal penyembelihan kat palestin,sume orang rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu mengikut kemampuan masing2..
    yang ada blog, akan tulis ape yang mereka rasa boleh membantu..
    mcm yang saudara boonto buat 2 mcm dah betul tapi bile dah terlalu ikutkan perasaan dan sgt syangkan m.u ,dia terlupa nk kaji selidik dulu pasal m.u..
    so, pengajarannya jgn tulis ikut sedap kalo belum wat research sebelum menulis..
    chill..

    Callisters last blog post..Rewards for Bush shoe thrower

    1. hehe..mcik memang pandai membaca pikiran pcik..memula memang pcik bersemangat berkobar2 baca blog dia pasal boikot tuh..tp lepas tuh api tuh bertukar arah pasal dia sayang sangat kat man u tuh…hehe

      1. hehe..semangat kesukanan memg bagus tp kalo dah wat statement mcm ni, ” Dan bagi peminat Arsenal. Mulai sekarang, tukarlah kelab lain.(nasib baik aku minat Manchester United). Ok? Kamu rasa kamu boleh lakukan?”
        rasa2 dia boleh wat x lepas dia tau terang2 mamat Malcolm Glazer 2 yahudi??

        Callisters last blog post..Rewards for Bush shoe thrower

  6. Kadang-kadang kena pikir gak..
    Jangan memboikot membuta tuli..
    Abih tu komputer pakai Intel ko nak buamg ke??
    Yang penting kita kena jadi lebih berjaya dari diorang..
    Yahudi pun maju sebab belajar dari Islam.. Dia tak buang pun ilmu .
    Ntahlah masing2 punya pemikiran.

    1. btol tuh zool..kita boikot berpada2…jangan kerana tokey dia yahudi..kita nak boikot..kecuali kalau dia ada kepentingan direct ngan serangan israel pada palestin tuh..baru kita boikot

  7. sesungguhnya apa yang Allah nyatakan di dalam Quran tu benar belaka. kaum yahudi itu telah dijadikan sebagai kaum yang bijak. dan lihatlah sendiri hasilnya sehingga kita sendiri telah terikat dengan perancangan rapi mereka. hidup kita pun bergantung benar pada product mereka sehingga kita benar2 terjerat sekarang. hm…

    sebenarnya tentang isu boikot barangan yahudi tu (bagi kita lah yea) hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. saya akui sangat sukar untuk saya memboikot barangan mereka kerana barangan mereka sangat serasi dengan saya. tapikan life4hire, saya dah cuba sedikit demi sedikit. walaupun ada sesetengah barangan, bila saya tukar dan guna barangan lain saya alami sedikit alah. tetapi, alahan saya tu taklah sesakit berbanding dengan kesakitan, dan luka2 yang dialami oleh anak2 palestine yang ditindas dengan alatan perang yang secara halusnya disumbang oleh saya selama ini. apa-apa pun kita mesti cuba!

    jika jihad sekecil ini pun kita kalah apatah lagi jihad yang besar kan?

    jangan salah tafsir ayat saya. saya pun belum tegar untuk kuat berjihad. saya tak mahu disalah ertikan berbunyi berlebih-lebih… hm..

    tentang platform untuk berblogging. WP tu kepunyaan jewish jugak yea. Nah tengok la kehebatan Yahudi. sana sini mereka.. tetapikan life4hire, saya tertarik dengan apa yang awak tulis. Kita gunakan Blogspot dan WordPress tu untuk membalas serangan diorang pulak. Ada logicnya disitu.. sebijak manapun mereka, mereka tetap punya kekurangan..

    nonos last blog post..10 random facts about me

    1. siapa kamu untuk berkata begitu wahai dumai? kamu islam kan? adakah islam ajar kamu jadi begitu kurang ajar? takkan? jadi tolonglah jangan bercakap sesuka hati kamu. tiada sebab untuk kamu cakap kami semua macam yahudi. jika kamu seorang yang berpelajaran, mind to explain kenapa kami macam yahudi?

      jika kamu seorang muslim, sikap kamu sangat mengecewakan..

      nonos last blog post..10 random facts about me

      1. hehe..malas nak jawab balik dumai cakap ape..biar la dia buang kemarahan dia kat sini..asalkan dia bahagia..tapi nak tahu jugak ape yg dia marah sangat tuh…

  8. dumai dumai….marah ni apasal erkk? ko marah sebab artikel arsenal ni ke? Yahudi? Apa salah jadi org Yahudi? Bukan semua org yahudi jahat. Lain orang lain ragam. Ilek ilek la hisap gam dulu. wakakaka

    taukeys last blog post..Laju Dan Perlahan

      1. sini.. sini.

        yahudi dengan israel tu memang lain. israel, sebuah negara, diperintah oleh parti yang memperjuangkan zionism. (ala ala BN lah!). ada rakyat israel (yang rata-rata arab, yahudi) yang menentang dasar israel.

        sebagai contoh, katakan Ameriak pergi ke perang kerana presidennya bodoh dan gila perang, adakah kerana sebab itu, kita patut pukul rata semua rakyat Amerika itu suka berperang?

        yang berlaku akhir-akhir ini adalah politik. bukan kaum. bukan agama. politik extremis yahudi (oleh parti likud) dan politik extremis islam (oleh parti hamas).

        sekian.

        bongkerszs last blog post..Conversation: The Most Promiscuous Man (Horse?)

  9. Aiyaarkkk M.U pun ada kaitan kerr… adehhhh…. minat camtu jerr laa… jangan beli barang mereka atau beli apa apa jak ada kaitan ngan mereka… tak tengok dorang main rugilah.. bab Astro tu dah bayar… tengok tak tengok sama jerr kan… huhu

    “Kita gunakan Blogspot dan WordPress tuh untuk membalas serangan diorang plak. ” AKU SETUJU 100%…. jom boikot… hancur hancur!! Hancur Zionis!!!

    Adrys last blog post..Jom Demo!!

  10. Camne nak boikot ni masih ada yang guna barang israel….

    Payah ni tolong kasi tip nak boikot…

    P/S:Doakan agar Israel ditimpa malang ye jangan lupa

  11. nak boikot pun pakai la akal sket
    asalkan niat tu baik dah la kan, benda2 belakang ni kalau kita tak tau nak buat macam mana..
    aku ada la beli jersey ori arsenal tapi lama dah tak update.last jersey was the time they were sponsored with Dreamcast gogo SEGA hahaha

    Hisyams last blog post..QQ Meeting

  12. haha.. ok bro.. aku siyes.. aku minat MU main je… minat pemain tu ada gak… tp aku memang x sokong yahudi…yg penting, susah nak lari dari produk-produk yahudi/israel laknat tuh…hoho..ok, aku amik teguran.. no hal bro. aku pun blogger baru gak:)

    JRYs last blog post..Contest di Blog Boonto Ditutup

  13. aku penyokong Arsenal kalau ye Arsenal ada kaitan dengan Israel kenapa Arsenal tak lari dari politik Israel……………………………………………………………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge