Contest di life4hire blog

Mungkin ada yang tahu, mungkin ramai lagi yang tak tahu. Blog life4hire telah menganjurkan satu contest yang mudah untuk pembaca-pembacanya. Ada 3 task mudah yang korang perlu buat untuk mendapatkan hadiah-hadiah bernilai lebih dari USD120 untuk dimenangi ( aku tak rasa cam untuk dimenangi..lebih kepada untuk diberi..hehe). Tiga task mudah tersebut adalah seperti di bawah.

Tugasan pertama

Add aku kat twitter. Setiap orang follow aku, aku akan follow balik. Add aku kat twitter, takde point. Korang hanya dapat point bila.

– Hantar direct message kat twitter aku, dapat 2 point. Contoh benda ko perlu hantar :

Oi life4hire, aku nak join contest ko !

– Korang salin n retweet benda ni kat twitter korang, korang dapat lagi 2 point.

@RT @life4hire Join contest kat blog life4hire. Hadiah bernilai lebih USD120 @ http://xr.com/whk

Tugasan kedua

Buat blog post kat blog korang untuk promote contest aku. Kenapa korang nak menang? Tak kisah BM atau BI. Yang penting kena ada 2 link. Satu link kena pegi ke main page life4hire blog dan lagi satu link pegi ke post task kedua tuh sendiri. Tak kisah korang nak ceritakan camana pon, panjang atau pendek, yang penting ada 2 link tuh, automatik korang ada 5 points. Sila komen kat post task kedua kat life4hire blog untuk cakap korang dah wat blog post supaya aku leh check dan komen. Markah extra akan diberi atas faktor-faktor tertentu yang dirahsiakan tp aku leh cakap, ia bersandarkan kesungguhan peserta itu.

Tugasan ketiga.

Ni la paling senang. Korang hanya perlu subscribe RSS feed life4hire blog dan tinggalkan komen kat entry tugasan ketiga ni. Lepas korang tinggal komen, tros korang dapat satu point. Korang nak menipu pon aku tak kisah tapi kalau korang nak tahu apa kelebihan subscribe blog life4hire aku, korang leh baca kat tugasan ketiga tuh.

Cara pemilihan pemenang.

Setiap point terkumpul akan ditukarkan kepada tiket cabutan bertuah. Cabutan bertuah akan dilakukan setelah tamat pertandingan. Segala markah bonus dan penerangan kenapa diberi, akan diberitahu pada pengumuman pemenang. Segala keputusan adalah muktamad. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 15 May 2009.

Element – Rahasia Hati

Hari ni aku nak share salah satu lagu favourite aku iaitu Rahasia Hati. Lagu ni dah lama dah. Nama band yang nyanyi lagu ni, Element. Maybe korang tak pernah dengar nama band ni sebab ni band infon. Tapi bagi peminat band indon, korang mesti pernah dengar punya ! Malas nak cakap banyak, tapi aku nak cerita kat sini aku pernah dengar lagu ni satu jer kat komputer aku selama seminggu. Aku biarkan komputer aku on 24/7 time kat universiti dulu dan sesiapa pon diharamkan menukar lagu kat winamp aku time tuh. Hehe.

So aku persembahkan, lagu Rahasia Hati dari Element.

Continue reading “Element – Rahasia Hati”

Video highlights perlawanan EPL minggu 23

Berikut adalah keputusan perlawanan EPL pada minggu 23. Arsenal menduduki tangga ke 5 di belakang Aston Villa. Liga didahului oleh Manchester United dan diikuti rapat oleh Chelsea. Liverpool berada di belakang Chelsea setelah seri 1-1 dengan Wigan. Semua video gol dan highlights the big four boleh dimuat turun dari link-link di sebelah keputusan perlawanan sekiranya anda terlepas perlawanan-perlawanan tersebut.

epl-gameweek-23
Download links from Rapidshare.

Everton vs Arsenal highlights

West Brom vs Manchester United (goals only)

Chelsea vs Middlesbrough highlights

Wigan vs Liverpool highlights