Boikot Israel = Boikot Arsenal ?

Aku dah lama dah tak update blog. Bukan ketandusan idea nak update tetapi aku amat sibuk dengan kerja-kerja di pejabat, lantas membantutkan hasrat aku untuk menulis di sini. Kalau diikutkan, bertimbun-timbun kerja tengah menunggu, tapi aku gagahkan juga menaip kerana ada sebab yang membuatkan darah aku menggelegak. (fuh, poyo giler !)

Sekarang ni setiap hari berita tengah kecoh dengan serangan Israel ke atas Gaza dan bumi Palestine. Bukan setakat berita dan akhbar, malah para blogger sekalian pon ingin berkongsi pendapat, pandangan dan resolusi masing-masing ke atas isu ini. Ada yang boikot Fotopages seperti Rohaizad, ada yang bertanya sejauh mana kita peduli pasal Palestin seperti Affuan, Megat mengajak kita bersatu membantu Palestin dan memboikot Israel jugak dan macam-macam lagi.

Berbalik kepada persoalan yang membuatkan hati aku panas tadi adalah daripada seorang blogger yang penyokong tegar Manchester United. Mungkin sesetengah orang tahu, mungkin ramai yang tidak tahu aku peminat Arsenal. So sememangnya orang-orang Big Four kat EPL ni suka kutuk team sana-sini (tapi bukan aku). So aper yang membuatkan aku rasa terbakar tadi? Ni sebenarnya puncanya !

Continue reading “Boikot Israel = Boikot Arsenal ?”