Kalau aku seorang ahli politik…

Sekarang ni orang tengah dok hangat pasal dua benda jer… Cerita pasal kekejaman Israel serang orang Palestine dan pilihan raya kecil kat Terengganu. Kalau bukak berita, mesti dok cerita pasal 2 benda ni jer. Kalau tak caya, korang try bukak berita pukul 8 tuh.

Pertama sekali, aku nak lari dari topik sket. Sahabat aku Noktah Hitam ada buat post pasal kekejaman Israel, korang patut baca post dia. Aku dah sembang panjang ngan dia pasal isu ni, so aku nak tegaskan kat sini, post aku bertajuk Boikot Israel=Boikot Arsenal mungkin telah disalah tafsir oleh ramai pihak. Kita patut tahu beza Yahudi dan Israel, company yang ada kepentingan direct dengan Israel atau hanya tokey dia Yahudi. Apa yang aku zahirkan di entry sebelum ini hanyalah respons balas aku dari kaca mata yang telah dizahirkan oleh entry seorang blogger lain.

Panjang lak intro aku. Berbalik kepada persoalan asal, aku amat pelik dengan ahli-ahli politik sebenarnya. Mungkin kerana aku bukan seorang ahli politik, aku bukan ahli mana-mana parti politik atau aku takde pengalaman sebagai seorang ahli politik, aku tak tahu kepayahan seorang ahli politik. Mungkin kompleks sangat kot kehidupan sebagai ahli politik sampai dia sukar sangat nak buat sesuatu untuk kawasan yang diwakilinya.

Continue reading “Kalau aku seorang ahli politik…”