Hohoho, sikit punya kembang hidung aku. Bukak twitter, tengok Knizam follow aku beb…sape tak kenal Knizam, seorang blogger handal yang sungguh rajin update blog. Kalau korang rasa korang sorang blogger di persada blog Malaysia tapi korang tak kenal Knizam, korang memang rugi! Knizam la orang yang bertanggung jawab mengomen setiap blog di Malaysia ni tanpa gaji. HAHAHAHAHAHA. Aku telah mengabadikan screenshot untuk event bersejarah ini !
Tambahan dari 26life :
dan dia antara manusia yang paling rajin ‘faved it’ kebanyakkan artikel di negaraku.net(dan sekali lagi, tanpa gaji) hehe
Memang tepat sekali !

Terima kasih juga diucapkan kepada Teddy dan Masrizal kerana sudi follow aku kat twitter. Ted adalah seorang blogger yg giler photography dan memang mantap dalam web design manakala Masrizal punya adalah otai internet marketing.
Aku jarang bertweet skarang ni tapi mungkin di masa hadapan! Nantikan contest dari blog aku untuk follower Twitter.Korang bertiga confirm dah dapat point untuk contest aku nanti! Hahaha…Sesapa tak follow aku kat twitter lagi, cepat follow aku kat twitter !
Popularity: 1% [?]
Hari ni aku nak share salah satu lagu favourite aku iaitu Rahasia Hati. Lagu ni dah lama dah. Nama band yang nyanyi lagu ni, Element. Maybe korang tak pernah dengar nama band ni sebab ni band infon. Tapi bagi peminat band indon, korang mesti pernah dengar punya ! Malas nak cakap banyak, tapi aku nak cerita kat sini aku pernah dengar lagu ni satu jer kat komputer aku selama seminggu. Aku biarkan komputer aku on 24/7 time kat universiti dulu dan sesiapa pon diharamkan menukar lagu kat winamp aku time tuh. Hehe.
So aku persembahkan, lagu Rahasia Hati dari Element.
» Read the rest of this entry…
Popularity: 1% [?]
Aku dah lama dah tak update blog. Bukan ketandusan idea nak update tetapi aku amat sibuk dengan kerja-kerja di pejabat, lantas membantutkan hasrat aku untuk menulis di sini. Kalau diikutkan, bertimbun-timbun kerja tengah menunggu, tapi aku gagahkan juga menaip kerana ada sebab yang membuatkan darah aku menggelegak. (fuh, poyo giler !)
Sekarang ni setiap hari berita tengah kecoh dengan serangan Israel ke atas Gaza dan bumi Palestine. Bukan setakat berita dan akhbar, malah para blogger sekalian pon ingin berkongsi pendapat, pandangan dan resolusi masing-masing ke atas isu ini. Ada yang boikot Fotopages seperti Rohaizad, ada yang bertanya sejauh mana kita peduli pasal Palestin seperti Affuan, Megat mengajak kita bersatu membantu Palestin dan memboikot Israel jugak dan macam-macam lagi.
Berbalik kepada persoalan yang membuatkan hati aku panas tadi adalah daripada seorang blogger yang penyokong tegar Manchester United. Mungkin sesetengah orang tahu, mungkin ramai yang tidak tahu aku peminat Arsenal. So sememangnya orang-orang Big Four kat EPL ni suka kutuk team sana-sini (tapi bukan aku). So aper yang membuatkan aku rasa terbakar tadi? Ni sebenarnya puncanya !
» Read the rest of this entry…
Popularity: 2% [?]
Komen Terkini