Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang

Tajuk biar lucah..kita ikut cam Pemikir Ekstrem nyer style sket…kot2 ramai yang gatal tangan nak clickkan? Tapi aku rasa semua orang dah tahu pasal ape. Banyak lagi blog yang menggunakan tajuk seperti ini tapi aku tak kira…Aku nak jugak guna….Panjang plak aku melalut ni ha…

peti-undi

Jika korang ingat aku nak cerita detail pasal pilihan raya korang silap..korang rasa aku nak wat analisis pasal pilihanraya ari tuh pon korang silap…aku just nak berceloteh sket jer…sebenarnya entry ni adalah respons aku kepada entry kat kongsiblog.com bertajuk “Aku Kecewa Dengan Blogger“.

Continue reading “Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang”

Tok Guru Nik Aziz Lancarkan Blog

Aku tak tahu kenapa orang takde nak kecoh-kecohkan pasal hal ni…aku dah tahu dari semalam lagi sebenarnya Tok Guru Nik Aziz lancarkan blog dia sempena pelancaran Aptus net. Busy nyer pasal dengan issue Blue Coat Proxy kat Luanda ngan Dhahran, tros aku tak menang tangan nak melayan karenah orang-orang kat sana. Pendekkan cerita, korang leh lawat blog TGNA kat www.blogtokguru.com

Blog tok guru nik aziz
Blog tok guru nik aziz

Oleh itu Tok Guru, walaupun Tok Guru tak kenal ambo, tapi kawe berbangga tok guru ada blog sendiri…harap-harap rajin la update blog supaya kami semua dapat sedikit manfaat dari blog tuh…kalau ada masa tuh, boleh la blog hopping ke blog ambo tapi blog ambo blog merapu jer, bukan blog ilmiah sangat.

Tentang Aptus net plak, aku tengok cam penyedia wifi kat kelantan, major area sekitar Kota Bharu nampak gayanya. Maybe sebab baru dimulakan kot? Korang nak tahu lebih, boleh usha kat sini www.aptus.net.my

Aku nak try subscribe tapi tak dapat…takde RSS kot ? Korang nak subscribe ke blog dia?

P/S : Kalau aku promo blog tok guru, berapa kerat jer bukak. Kalau KNizam promo, confirm 1000 kali ganda orang bukak dari aku promo. Hahahaha

P/S lagi : aku check kat W3C validator, blog tok guru takde RSS, nampak gaya cam lebih kepada static page, bukan dynamic content…diorang tak guna wordpress kot?