Hari ini, 13 tahun yang dulu…

Skang ni tepat pukul 12 tengah malam, 6 Disember 2008 dan aku masih belum tidur. Mungkin kau ingat aku bekerja pada malam ini, tapi sebenarnya tidak. Aku dah mula bercuti untuk pulang ke kampung. Plan asalnya pada malam ini tapi ditunda beberapa jam atas sebab tertentu.

20080105_1243850727_prepsc02

Pada saat ini juga, 13 tahun yang dulu, aku masih belum tidur. Mungkin kerana suasana baru yang menyelubungi aku pada ketika itu. Kalau dulu aku hanya tidur keseorangan dalam bilik di rumah, pada waktu itu aku tidur di katil 2 tingkat dengan teman sekatilku bedmate Zuhdi berada di atas. Entah apa dia buat aku pon tak sedar, mungkin keadaan dia sama sepertiku…mengenang keluarga yang jauh di kampung.

Continue reading “Hari ini, 13 tahun yang dulu…”

Antara dua blog…

Aku baru pulang dari kerja. Kehidupan malam saban hari untuk mencari rezeki halal kadang kala terasa memakan diri. Mana tidaknya, orang lain kerja dari 9 pagi sampai 6 petang, aku kerja dari 9 malam sampai 6 pagi. Kerana sesuap nasi, terpaksa aku harungi. Aku tak mahu jadi freegan !

Sekarang pukul 8:07 pagi. Aku masih mencari idea untuk menulis di sini. Dulu, terlalu banyak untuk diluahkan, tapi bila aku dah mula menulis di sini, terasa tumpul pula otak geliga aku ni. Mungkin kerana kepenatan atau mungkin kerana sel-sel otak dah banyak mati dek penangan asap rokok aku ni. Isk…mintak jauh segala penyakit (walau nampak gaya nyer sajer cari penyakit)

Hidup jadi pak guard ni memang susah sebenarnya. Ingat dok melangut jer? Sebenarnya banyak kerja beb. Kalau tak banyak kerja, masakan aku tak ada masa nak update blog. Jangan kata blog ini, blog lagi satu pon kekadang tak terdaya nak menaip. Kadang kala aku terpaksa mencuri masa menaip dengan kerja bertimbun, terkadang juga aku melalut di blog sana walaupon tutorial itu semua memang straight forward bak kata omputeh. Isk…aku buntu…ubuntu kah aku ini?

Continue reading “Antara dua blog…”

Permulaan Baru Di Sini

Siapakah aku?

Seperti mana yang korang tahu, aku adalah penulis blog di life4hire.berceloteh.com. So kenapa tetiba pulak aku wujud kat sini. Sebenarnya aku wujud kat banyak blog. Aku pernah jadi guest blogger kat Sembang Komputer dan juga kat HelmiAsyraf.com. So tak jadi benda menghairankan kalau aku muncul kat beberapa tempat dan jangan salah anggap aku macam Ayah Pin plak.

Kenapa tetiba berblog di berceloteh.com ?

Memula aku nak buat blog ni sebagai blog yang caca marba, nak letak benda-benda lawak dan juga junk-junk email aku yang menarik seperti gambar-gambar dalam post-post sebelum ini. Tetapi dalam keghairahan aku blogging kat life4hire.berceloteh.com, aku terasa ada benda yang kurang. Aku memang suka share info dengan orang lain, tolong orang setelkan problem diorang dan macam-macam lagi, tapi aku kurang tempat untuk aku ekspresikan diri aku sendiri. So aku membuat keputusan untuk revamp blog kat berceloteh.com ni sebagai tempat aku ekspreskan diri aku, berkongsi dengan pembaca aku tentang apa yang aku pikir dan tempat aku menyebarkan doktrin-doktrin jahat dan baik komen aku tentang isu-isu semasa. Aku akan cuba sampaikan dalam gaya penulisan sehabis sempoi aku dan aku memerlukan feedback dari semua orang untuk tujuan tersebut.

Continue reading “Permulaan Baru Di Sini”