Kalau aku seorang ahli politik…

Sekarang ni orang tengah dok hangat pasal dua benda jer… Cerita pasal kekejaman Israel serang orang Palestine dan pilihan raya kecil kat Terengganu. Kalau bukak berita, mesti dok cerita pasal 2 benda ni jer. Kalau tak caya, korang try bukak berita pukul 8 tuh.

Pertama sekali, aku nak lari dari topik sket. Sahabat aku Noktah Hitam ada buat post pasal kekejaman Israel, korang patut baca post dia. Aku dah sembang panjang ngan dia pasal isu ni, so aku nak tegaskan kat sini, post aku bertajuk Boikot Israel=Boikot Arsenal mungkin telah disalah tafsir oleh ramai pihak. Kita patut tahu beza Yahudi dan Israel, company yang ada kepentingan direct dengan Israel atau hanya tokey dia Yahudi. Apa yang aku zahirkan di entry sebelum ini hanyalah respons balas aku dari kaca mata yang telah dizahirkan oleh entry seorang blogger lain.

Panjang lak intro aku. Berbalik kepada persoalan asal, aku amat pelik dengan ahli-ahli politik sebenarnya. Mungkin kerana aku bukan seorang ahli politik, aku bukan ahli mana-mana parti politik atau aku takde pengalaman sebagai seorang ahli politik, aku tak tahu kepayahan seorang ahli politik. Mungkin kompleks sangat kot kehidupan sebagai ahli politik sampai dia sukar sangat nak buat sesuatu untuk kawasan yang diwakilinya.

Aku tak kisah pihak kerajaan dan pihak pembangkang dok gaduh gegar satu dewan pasal itu ini, sebab aku rasa benda tuh takde kaitan dengan aku secara direct. Kalau dah sesuatu benda tuh memang tak betul, takde guna nak tegakkan benang yang basah. Buat apa lagi nak gaduh, admit kesalahan anda sudah ! Bagi aku, tidak akan timbul soal pembangkang jikalau pihak kerajaan yang memerintah menjalankan kewajipan mereka dalam memelihara rakyat. But then again, aku bukan seorang ahli politik, so mungkin ada faktor-faktor lain yang membuatkan pembangkang suka sangat nak jadi kerajaan dan kerajaan sukar sangat nak menjaga kebajikan rakyat walaupun benda-benda yang simple.

Tapi sekiranya aku seorang ahli politik atau wakil rakyat, apa yang akan aku buat?

1. Banyakkan akhbar pembangkang

Reason aku simple jer. Aku buat yang terbaik aku leh buat untuk rakyat dan aku banyakkan akhbar pembangkang untuk hentam aku. Kalau aku bersih dari rasuah dan salah laku lain, takde ape aku nak takutkan. Mungkin aku ada terlepas pandang, aku leh harapkan pembangkang untuk cari kesalahan aku. Mungkin ada orang miskin kat kawasan aku tak dapat pembelaan dan aku tak perasan, aku biarkan jer pembangkang bongkarkan untuk aku, aku baca dan aku ambil tindakan. Simple as that.

2. Beri kebebasan media.

Aku dok tengok berita malam pasal kempen kat Terengganu. Banyak berpihak pada kerajaan. Tunjuk itu ini pasal kerajaan. Bukan aku nak salahkan TV atau akhbar atau kerajaan, tapi nampak sangat berat sebelah. Aku tak tahu apa sebabnya, aku malas nak tahu tapi aku tak nampak rasionalnya. Aku bagi contoh, kata la slot politik 2o minit, 18 minit dok tunjuk pasal post kerajaan, 2 minit lagi pasal pembangkang. Tuh pon sket jer, kalau ada pon kira nasib baik. Kebebasan media adalah perlu untuk masing-masing ada peluang untuk berkempen dan menyampaikan berita sebenar, bukan cut sana, cut sini, paste sana paste sini. Dari maksudnya A, tros jadi maksudnya B. Aku bukan orang media, maybe orang media boleh jawab soalan aku ni, kenapa media selalu berat sebelah?

3. Beri perhatian pada ruangan complaint kat akhbar.

Aku belek-belek Kosmo dan Harian Metro setiap hari, selain dari iklan yang memenuhi Metro dan cerita-cerita separa lucah di sana, aku suka baca ruangan komen pembaca dan juga aduan dari pembaca melalui SMS dan email. Kalau mengikut pendapat aku yang tak seberapa ni, kebanyakan problem tuh kecik sahaja, bukan besar sangat tapi sebab dibiarkan, terus melarat. Kalau Pak Menteri leh lantik seorang setiausaha akhbar, kenapa tak boleh lantik seorang setiausaha baca akhbar untuk analisis complaint dari pembaca. Dengan kuasa yang ada, aku rasa confirm senang jer setel masalah.

4. Isytihar harta sebelum jadi ahli politik

Sebelum aku jadi ahli politik, aku akan isytihar harta aku banyak mana dan juga masa aku jadi ahli politik dari semasa ke semasa. Aku tak nak orang kata sebab aku jadi ahli politik, aku jadi kaya. Jadi lagi miskin takpe. Wakil rakyat dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan dan membela hak mereka. Tapi trend aku nampak skang ni, orang berebut-rebut nak jadi ahli politik sebab nak kumpul harta dengan lebih banyak. Senang nak kawtim project sana-sini. Dah lari dari perjuangan asal menjadi wakil rakyat. Haiyaaaaaaa…

5. Wujudkan blog persendirian.

Aku juga akan wujudkan blog persendirian untuk menghebahkan pada masyarakat tentang permasalahan yang aku hadapi supaya orang maklum dan boleh beri respons pada masalah aku.Mungkin aku tak nampak dengan mata kepala aku dari pelbagai sudut atau otak aku tak terpikir pasal benda tuh, tapi maybe ada orang leh berkongsi pengalaman dan jalan penyelesaian yang berkesan. Mungkin sekali sekala aku selitkan kejayaan aku membantu orang ramai. Korang rasa aku nak menunjuk? Terpulanglah pada pemikiran masing-masing tapi aku lebih suka letak segala usaha aku kat blog aku sendiri daripada canang ke serata negara dengan TV tempatan aku pergi tolong orang kat sana sini. Aku rasa orang media lagi banyak benda penting nak sebarkan pada rakyat daripada cerita aku derma RM5k kat si polan si polan siap dengan cek replika lagi. Kalau aku derma, selalunya aku suka senyap-senyap. Buat apa nak menunjuk kalau ko ikhlas, betul tak? Kat TV, aku tengok replica cek tunjuk juta-juta, yang dapat sebenarnya berapa? Entah-entah tak ada langsung. Dengan blog juga, para pembaca boleh memberikan feedback pada aku, kelemahan aku, kesilapan aku dan input-input berguna lain pada aku. Ramai orang politik ada blog tapi maybe sebab diorang busy sangat, diorang jarang update blog. Takpun ada orang lain tolong updatekan. Yang aku tengok rajin update blog, sama ada ahli politik tuh dah bersara ataupun kecundang dalam pilihan raya lepas. Hehe.Jangan terasa ok ?

So far, pemimpin yang aku rasa paling best adalah TG. Nik Aziz Nik Mat. Korang leh tengok video kat bawah ni, nanti korang akan tahu pasal apa aku kagum ngan dia.

<a href="http://youtube.com/watch?v=lsIZaezZGJ0">http://youtube.com/watch?v=lsIZaezZGJ0</a>

Banyak lagi aku nak tulis sebenarnya pasal topik ni tapi aku biarkan pembaca-pembaca aku bagi komen plak. Apa diorang akan buat kalau diorang jadi ahli politik. Boleh tak kawan-kawan ?

p/s : Aku ingat nak interview ahli politik la plak lepas ni. Ada sesapa leh tolong? Kot dapat Syazwan dapat arrange untuk Ali Rustam ke?

p/s lagi : Aku tak berminat nak menceburi politik secara direct. Sekian, terima kasih !

Similar Posts:

34 Replies to “Kalau aku seorang ahli politik…”

  1. Pingback: fark.my
  2. Pingback: negaraku.net
  3. xpernah terpikir pun nak jadi ahli politik..
    tapi kalo kena pikir gak..
    mcik xnk jadi mcm bush( bodo mcm dia pun leh jadi president), xnk jadi mcm pak lah(suke tdo), xnk jadi mcm menteri2 yang corrupt 2..
    kalo jadi pemimpin, mcik nak hapuskn dadah dulu..
    boleh??tapi bukan keje senang 2..

    Callisters last blog post..Darwin Award

    Reply

    life4hire Reply:

    fuh…bush memang bengong..teringat plak bush punya lawak tuh..haha…hapuskan dadah? tugas yg sukar tapi tak mustahil….

    Reply

    Callister Reply:

    tapi kan…xnk la jadi ahli politik..
    nanti ramai org benci..

    Callisters last blog post..Darwin Award

    Reply

  4. 1, 2, 3 tu semua kena mengena dgn media tuh tapi oklah ada point2 dia yg lain2. Yg part baca paper tu kebyk menteri aku tahu buat tapi diorg sendiri tak baca, tu susah tu. Kalau ada skandal baru lah nak kecoh. Part berat sebelah tu kalau aku org KT buat aku pangkah belah lain je…

    kruel74s last blog post..My personal economic indicator

    Reply

    life4hire Reply:

    ahaks…btol tuh beb…aku tak pernah rapat ngan ahli politik..tapi aku nak gak tgk kehidupan seharian seorang ahli politik…nik aziz aku dah tgk dah..orang lain la plak !

    Reply

  5. hahaha, bagus2.. aku suport usaha life4hire ni, dlm2 diam2 (nampak cam budak jahat) rupanya yam mempunyai hati yang baik’… huhu (cam syam jugak..baik bersabdu)… hehe.. ntahlah maybe itu cara yang baik, tapi tak semestinya itu cara yang betul… ada sebabnya aku kata demikian.. nanti akoo nak tulis jugakla.. apa aku buat kalau aku jadi ahli politik.. :-)… maksud aku apa dilema akoo kalau jadi ahli politik..

    lochoes last blog post..Petugas UMNO dilempang di Kuala Terengganu, siapa mangsa?

    Reply

    life4hire Reply:

    haha..tulis beb..jangan tak tulis..aku nak baca gak …nanti aku nak interview ali rustam…haha

    Reply

  6. Life4hire, sy tak tahu dari segi formalnya tapikan bg saya sendiri Israel tu tak wujud, dan tak pernah wujud. Saya faham dan setuju dengan apa yang awak dan NH tulis ttg issue Israel-Palestine tapi at one point kadang2 apa yang dah Allah tulis kat al-Quran tu pun kena ambil kira jugak. Yea, kadang-kadang there’ll be a part of us yang try to nak melihat dari sudut kemanusian dan rationality. Pasal tak nak jadi issue agama dan nampak taksub berlebih-lebihan pulak. Saya pun lama jugak berfikir ttg hal ini dan inilah kesimpulan yang saya dpt buat.

    Israel bukan negara yang “berdaulat”, bagi saya Israel adalah agenda yang diada-adakan. Mereka adalah regime Tel-Aviv yang terdiri daripada kaum Yahudi. Sebab tulah saya cakap kat my comment dalam NH, Israel tak akan wujud tanpa Yahudi. Tapi Eddie cakap pasal Hitler dah penghapusan yang dia buat ke atas Yahudi dalam Holocaust. Hm.. Yea itu pun menyumbang jugak. Dan mereka dahulu hidup melarat atas kapal je. Dan seterusnya diorang pun merampas Palestine. Kononnya Al-Aqsa itu kepunyaan mereka… Permulaan Yahudi dan Islam itu mmg pada “punca” yang sama. Kerana nabi-nabi terdiri daripada kaum Yahudi dan mereka menyembah Allah. Tapi Islam wujud setelah adanya Muhammad saw. Okay seterusnya itu hal lain.. Saya tahu awak maklum tentang itu.. πŸ™‚

    Bg saya issue Israel-Palestine baru2 ini menyebabkan satu “pengisytiharan” oleh dunia ke atas kewujudan Israel. bijak benar Yahudi nie. Perang antara Hamas-Zionis menyebabkan terserlah nya Israel sbg kuasa perang yang hebat. Dan terisytiharnya Israel sebagai negara. Sedangkan mereka merampas Palestine…!

    Seorang Israeli merangkap seorang Yahudi tetap seorang Yahudi sebaik mana pun mereka.. Awak fahamkan maksud saya? Walaupun mungkin di antara kita ada kawan Yahudi, or baik dengan Yahudi ke, tapi kita kena ingat pesanan yang Allah bagi tentang Yahudi.. Saya tak berani nak bermain dgn ayat Quran disini tapi saya tahu awak tahu.. Dan saya tak nak ada perdebatan yang akan menyebabkan yang beragama lain berasa “kurang selesa” disini..

    Apa-apapun, Muslims patutnya bersatu. Kita banyak, kita kaya dan kita boleh jadi kuat. cuba tengok secara kasar, kebanyakkan negara minyak adalah negara islam bukan? Aritu berdebate jugak dgn budak exMCKK, dia ada mention, dulu Mahathir ada proposed idea kat OIC suruh trade minyak among OIC sahaja and stop trade dgn the west tetapi disebabkan tamakkan duit, nak kaya sahaja, the Arabs refuse. Huh… Kalau kita ikut idea Mahathir, insha Allah, sesak nafas la Israel dan Amerika.. Industry diorang bergantung pada minyak yang negara Islam jual yang secara tak langsung boleh affect ketenteraan diorang jika kita stop trade minyak. Tapi apa2 pun, segalanya tak semudah bagai dikata.. Mungkin ada effect besar pulak datang nanti. Hm.. Ntah la. Just act apa yang patut sahaja la..

    ps. panjang sgt tak tahu la samada saya berjaya sampaikan apa yang saya nak sampaikan huhuhu

    pss. sila betulkan saya jika ada benda saya tersilap. πŸ™‚

    nonos last blog post..Congratulation Maman! Kakak feel happy for you.

    Reply

    life4hire Reply:

    boleh celen bong..tp sayang salah post..hehe

    Reply

  7. Hmm…mula2 makcik ni terkejut…apasal gelap gelita blog budak ni??

    Bila klik ‘read more’ (sambil teraba2) barulah terang benderang…. gitu ke rupanya??

    Ooiitt! Lupa pulak nak komen pasal apa, ekk….lain kali je laa, ekk….

    Ties last blog post..Tag berjela dari Mimiey

    Reply

    life4hire Reply:

    hehe…blog gelap sangat ke? perlu tukar jadi ceria sket ker?

    Reply

  8. Huhuhu.. DUlu konon nya penah gak ada terpikir nak jadi YB.. tapi bila aku tgk situasi skg.. Tak kuasa aku..
    Semua ada kepentingan tak kira apa parti sekalipun..

    Dan apa yang aku tengok takde keterbukaan dalam parti.. Jadi kalau ko nak jadi ahli politik mungkin cita-cita ko yang ditulis diatas mungkin hanya akan tinggal impian..

    Dunia politikus tak sama dengan blogger.. Baik jadi blogger je.. Tak yah dapat surat layang

    zools last blog post..Kuih Kelapa

    Reply

    life4hire Reply:

    haha…ada betul gak tuh…nak bawak perubahan dalam politik ni payah…tp kalau jadi…mesti gempak ..btol tak?

    Reply

  9. aku support ko kalo masuk bertanding. hehe πŸ™‚

    KNizams last blog post..TV3 Promo For Last 25 Years !

    Reply

    life4hire Reply:

    aduh…kalau ko sorang undi aku..confirm hilang wang pertaruhan…haha

    Reply

    !x0r@ Reply:

    takpe, saya jadi pengundi ke-2. hahhaahahaah

    !x0r@s last blog post..Entri tak bermoral. hahaha

    Reply

    life4hire Reply:

    cantek..dah ada 2 org pengundi dah!

    Reply

  10. Satu je pesan saya.. andai kata suatu hari nanti incik life 4 hire jadi ahli politik, sila praktikkan apa yang ditulis dlm entri tu. hehe.

    Kadang-kadang mungkin ahli politik tu pn mulanya niat nak perjuangkan masalah rakyat tapi bila dah jadi ahli politik, niat tu dah lari bila nampak keglemeran dan wang ringgit..

    !x0r@s last blog post..Entri tak bermoral. hahaha

    Reply

    life4hire Reply:

    cik ixora..ada benarnya kata-kata cik ixora..tp tuh dulu..skang ni rasanya semua memang takde nak tolong orang pon…

    saya memang takut nak jadi ahli politik, spesifiknya wakil rakyat kerana tanggung jawab berat…takut tak terbela nasib semua orang..

    Reply

  11. hehe.. kalau aku memang tak berminat langsung ngan dunia politik nie..

    point no 1 sangat menarik = percaya atas diri sendiri..

    rasanya kebebasan media masih belum sempurna kat malaysia.. (bagi aku)
    sebab tu blog jadi pengantaraan..

    Reply

    life4hire Reply:

    sama cam pendapat aku. masih tiada kebebasan media kerana media dikongkong oleh pihak tertentu. tak leh nak salahkan wartawan ape semua sebab diorang pon cari makan jugak.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge