Kamus Dewan Online

Aku dh lama sebenarnya simpan link ni & nak share dengan korang, tapi disebabkan aku takde masa nak update blog, so memang tak sempat la nak share kan? Tapi setelah satu komen Encik Spatt dibaca oleh aku kat post dia berkenaan hukum karma, tros aku nak share dengan korang dan juga Encik Spatt link ni. Link apekah itu? Link ini adalah link kepada Kamus Dewan Online atau pon dengan bahasa Melayu nyer Kamus Dewan Dalam Talian. Dipendekkan cerita, beginilah komen Spatt yang melahirkan post ini.

kamus dewan spatt hilang

Sebenarnya Encik Spatt sudah kehilangan Kamus Dewan dia yang mahal tuh. Aku pon pernah ada Kamus Dewan jugak. Tebal duh, penat aku membelek siot. Dulu aku rajin buat Teka Silang Kata Utusan. Jenuh aku buat & pos, tapi tak pernah menang pon. Hampeh !

So link yang aku nak share sebenarnya adalah link kepada Kamus Dewan Online. Time dulu aku nak guna Kamus Dewan, aku dah try search kat internet, tapi tak jumpa. Mungkin tak wujud lagi kot time tuh. Dah lama dah aku try cari tapi tak ingat bila. So kepada kekawan yang malas nak bukak link tuh, aku dah sertakan sekali webshot untuk halaman Kamus Dewan Online tuh.

kamus-dewan-online-1

Tuh la rupanya Kamus Dewan Online tuh. Untuk orang nak tahu camana nak buat webshot atau screenshot mudah seperti di atas, korang leh refer tutorial yang aku dah buat dekat sini.

Bukan setakat ada Kamus Dewan, malah ada jugak kamus untuk istilah-istilah lain seperti di bawah. Disebabkan aku malas nak menaip sebijik-sebijik, korang tengok jer la screenshot kat bawah ni.

istilah-lain

Mudah betul aku rasa bila dah ada kamus online seperti ini. Alang-alang aku dah bukak Kamus Dewan Online ni, meh kita tengok apakah maksud domain aku ni mengikut Kamus Dewan ! So maksud berceloteh mengikut Kamus Dewan adalah …

kamus-dewan-online-2

So begitulah celoteh aku untuk kali ni. Diharapkan Encik Spatt dapat mengambil manfaat dari entry aku kali ni dan semoga beliau tidak bersedih di atas kehilangan Kamus Dewan beliau.

UPDATE 

Kamus Dewan Online telah bertukar kepada URL baru iaitu http://prpm.dbp.gov.my/

Similar Posts:

157 Replies to “Kamus Dewan Online”

  1. Camana nak buka kamus dewan online yer? Ada tak alamat URL nya? Takder pun kat atas?Saya baru jer beli kamus Inggeris -Melayu Dewan kat Popular book store di Sunway Pyramid.Terima kasih.

    Reply

  2. kamus ini ialah kamus yang best lah

    Reply

    anagha Reply:

    kamus dewan atau pun kamus dwibahasa ini lah kamus kamu tahu tak emmm!

    Reply

    anagha Reply:

    boleh tak cari maksud afiat tolong?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge