Knizam follow aku kat twitter siot!

Posted by life4hire on March 30th, 2009

Hohoho, sikit punya kembang hidung aku. Bukak twitter, tengok Knizam follow aku beb…sape tak kenal Knizam, seorang blogger handal yang sungguh rajin update blog. Kalau korang rasa korang sorang blogger di persada blog Malaysia tapi korang tak kenal Knizam, korang memang rugi! Knizam la orang yang bertanggung jawab mengomen setiap blog di Malaysia ni tanpa gaji. HAHAHAHAHAHA. Aku telah mengabadikan screenshot untuk event bersejarah ini !

Tambahan dari 26life :

dan dia antara manusia yang paling rajin ‘faved it’ kebanyakkan artikel di negaraku.net(dan sekali lagi, tanpa gaji) hehe

Memang tepat sekali !

knizam-follow-kat-twitter1

Terima kasih juga diucapkan kepada Teddy dan Masrizal kerana sudi follow aku kat twitter. Ted adalah seorang blogger yg giler photography dan memang mantap dalam web design manakala Masrizal punya adalah otai internet marketing.

Aku jarang bertweet skarang ni tapi mungkin di masa hadapan! Nantikan contest dari blog aku untuk follower Twitter.Korang bertiga confirm dah dapat point untuk contest aku nanti! Hahaha…Sesapa tak follow aku kat twitter lagi, cepat follow aku kat twitter !

Popularity: 1% [?]

  Categories: bercelotehkekawanpara bloggers       Comments (24)

Blog Tok Guru dah ada RSS!

Posted by life4hire on March 29th, 2009

Aku baru jer lepas usha blog Tok guru tadi. Ingatkan nak cari contact untuk Aptus Net atau sesapa yang manage blog tok guru. Cadang-cadang nyer nak komplen pasal blog takde RSS la…skali..tup2 aku bukak dah ada dah RSS feed dia…so aku pon sambar tros la RSS…

blog-tok-guru-rss

RSS feed dari feedburner tuh masih kosong lagi…baru letak gamak nyer..aku test nampak cam cun…kita tunggu tengok kalau ada entry baru masuk nanti…hehe…entry pertama tok guru dah selamat dah dlm Google Reader aku….

dlm-google-reader-dah

Terima kasih juga diucapkan kepada Mazuki Selangor2u dan Haritz dari haritzer.com kerana tolong promo blog tok guru skali…mana la tahu kan..kot2 nanti femes blog tok guru ni mengalahkan blog chedet pulak kan? (walaupun aku rasa tak mampu atas sebab-sebab tertentu)

Popularity: 1% [?]

  Categories: current issuesisu semasapara bloggerspolitik malaysia       Comments (8)

Ada orang jumpa hantu Altantuya?

Posted by life4hire on March 28th, 2009

hantu

Aku jumpa gambar ni kat Cursing Malay. Korang rasa ada sesapa nak saman paper Korea ni tak? Pelukis asal jangan tanya aku. Aku tak tahu !

najib-razak-dalam-paper

Berita penuh kat sini The Korea Times > Opinion

Cis, mentang-mentang la kat Korea takde ISA !

Popularity: 1% [?]

  Categories: current issuesjokeslink sharingpara bloggerspicturespolitik malaysia       Comments (18)

Tok Guru Nik Aziz Lancarkan Blog

Posted by life4hire on March 28th, 2009

Aku tak tahu kenapa orang takde nak kecoh-kecohkan pasal hal ni…aku dah tahu dari semalam lagi sebenarnya Tok Guru Nik Aziz lancarkan blog dia sempena pelancaran Aptus net. Busy nyer pasal dengan issue Blue Coat Proxy kat Luanda ngan Dhahran, tros aku tak menang tangan nak melayan karenah orang-orang kat sana. Pendekkan cerita, korang leh lawat blog TGNA kat www.blogtokguru.com

Blog tok guru nik aziz

Blog tok guru nik aziz

Oleh itu Tok Guru, walaupun Tok Guru tak kenal ambo, tapi kawe berbangga tok guru ada blog sendiri…harap-harap rajin la update blog supaya kami semua dapat sedikit manfaat dari blog tuh…kalau ada masa tuh, boleh la blog hopping ke blog ambo tapi blog ambo blog merapu jer, bukan blog ilmiah sangat.

Tentang Aptus net plak, aku tengok cam penyedia wifi kat kelantan, major area sekitar Kota Bharu nampak gayanya. Maybe sebab baru dimulakan kot? Korang nak tahu lebih, boleh usha kat sini www.aptus.net.my

Aku nak try subscribe tapi tak dapat…takde RSS kot ? Korang nak subscribe ke blog dia?

P/S : Kalau aku promo blog tok guru, berapa kerat jer bukak. Kalau KNizam promo, confirm 1000 kali ganda orang bukak dari aku promo. Hahahaha

P/S lagi : aku check kat W3C validator, blog tok guru takde RSS, nampak gaya cam lebih kepada static page, bukan dynamic content…diorang tak guna wordpress kot?

Popularity: 2% [?]

  Categories: current issuesisu semasalink sharingmalaysiakinipara bloggers       Comments (20)

Berita Panas : Limbang bukan hak Malaysia?

Posted by life4hire on March 19th, 2009

Ari tuh baru jer Pak Lah umumkan kata Brunei dah gugurkan claim ke atas Limbang dan mengiktiraf Limbang sebagai sebahagian dari Malaysia. Kalau tak percaya, ni berita hari tuh.

limbang-milik-malaysia

Berita asal kat sini

» Read the rest of this entry…

Popularity: 2% [?]

  Categories: benda bongok!current issuesjokesmalaysiakini       Comments (30)