Element – Rahasia Hati

Posted by life4hire on February 10th, 2009

Hari ni aku nak share salah satu lagu favourite aku iaitu Rahasia Hati. Lagu ni dah lama dah. Nama band yang nyanyi lagu ni, Element. Maybe korang tak pernah dengar nama band ni sebab ni band infon. Tapi bagi peminat band indon, korang mesti pernah dengar punya ! Malas nak cakap banyak, tapi aku nak cerita kat sini aku pernah dengar lagu ni satu jer kat komputer aku selama seminggu. Aku biarkan komputer aku on 24/7 time kat universiti dulu dan sesiapa pon diharamkan menukar lagu kat winamp aku time tuh. Hehe.

So aku persembahkan, lagu Rahasia Hati dari Element.

» Read the rest of this entry…

Popularity: 1% [?]

  Categories: free downloadskekawanmp3 downloadvideoyoutube       Comments (9)

Arshavin – The new Arsenal number 23

Posted by life4hire on February 4th, 2009

With the final day of January transfer window, finally Arsenal managed to get Arshavin to Emirates Stadium. He will be wearing the number 23 , formerly worn by Sol Campbell.

arshavin-arsenal

Please welcome Andrey Arshavin, the new #23 for the Gunners!

Picture credit to Arsenal.com. More information on the transfer at Soccernet.

Popularity: 1% [?]

  Categories: arsenalpictures       Comments (10)

Mengenali kongkang dan Rozita Che Wan

Posted by life4hire on January 30th, 2009

Korang tahu apa itu kongkang? Kongkang tuh adalah salah satu jenis binatang yang seangkatan dengan monyet, beruk, kera, siamang dan juga babun. Kongkang atau nama saintifiknya Nycticebus Coucang adalah sejenis haiwan yang semakin terancam dan hampir pupus.

Kongkang tak ada kaitan dengan panda walaupun sekali pandang pon tak logik kita leh kata boleh kata kongkang itu macam panda, lebih-lebih lagi kat Malaysia. Untuk sesiapa yang tak pernah tengok kongkang, ni gambar kongkang seperti di bawah.

kongkang

Aku tak paham betul bila ada orang Malaysia kata tersilap tengok kongkang ni dengan beruang panda. Malaysia ada beruang panda ke?

» Read the rest of this entry…

Popularity: 2% [?]

  Categories: benda bongok!current issuesisu semasaoutrageouspictures       Comments (24)

Video highlights perlawanan EPL minggu 23

Posted by life4hire on January 29th, 2009

Berikut adalah keputusan perlawanan EPL pada minggu 23. Arsenal menduduki tangga ke 5 di belakang Aston Villa. Liga didahului oleh Manchester United dan diikuti rapat oleh Chelsea. Liverpool berada di belakang Chelsea setelah seri 1-1 dengan Wigan. Semua video gol dan highlights the big four boleh dimuat turun dari link-link di sebelah keputusan perlawanan sekiranya anda terlepas perlawanan-perlawanan tersebut.

epl-gameweek-23
Download links from Rapidshare.

Everton vs Arsenal highlights

West Brom vs Manchester United (goals only)

Chelsea vs Middlesbrough highlights

Wigan vs Liverpool highlights

Popularity: 1% [?]

  Categories: arsenalfree downloadsvideo       Comments (0)

Video remaja mati dalam tahanan polis

Posted by life4hire on January 25th, 2009

Mungkin korang pernah baca berita pasal ni kat Utusan atau media-media lain. Berita yang memaparkan seorang remaja India, A Kugan yang meninggal dunia semasa dalam tahanan polis. Pada mulanya, ia dikatakan meninggal dunia akibat paru-paru berair, namun mengundang persoalan kerana badannya dipenuhi oleh kesan lebam seperti dipukul. Tak caya? Korang tengok gambar kat bawah ni.

mayat-a-kugan-lebam

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair.

Pada masa yang sama, satu laporan polis telah dibuat terhadap keluarga Kugan kerana menyerbu masuk ke bilik mayat Hospital Serdang malam Selasa lalu untuk melihat mayat Kugan.Dalam reaksinya, Musa berkata anggota keluarga Kugan tidak sepatutnya pergi ke bilik mayat untuk melihat mayatnya kerana ia boleh dianggap sebagai mengganggu bahan bukti.

Aduh, dah la kehilangan orang yang tersayang, boleh pula nak didakwa kerana mengganggu bahan bukti? Setahu aku, bahan bukti perlu dikatalogkan. Cuba tengok dalam rekod, ada tak mayat ni disenarai sebagai bahan bukti.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T Murugiah mengesahkan bahawa kematian Kugan dalam tahanan polis dikategorikan sebagai kes bunuh.

Alamak, tadi kata mati disebabkan paru-paru berair. Sekarang diklasifikasi sebagai kes bunuh pulak dah? Camana ni beb?

Korang dah tengok gambar kat atas kan? Korang tengok sendiri la video kat bawah ni. Aku ingatkan, video kat bawah ni mungkin terlalu horror atau ganas yang boleh buat korang termimpi-mimpi. Jangan kata aku tak ingatkan awal.

<a href="http://youtube.com/watch?v=5wG5pCqncII" onclick="pageTracker._trackPageview('/outgoing/youtube.com/watch?v=5wG5pCqncII&amp;referer=');">http://youtube.com/watch?v=5wG5pCqncII</a>

Korang leh download video tuh kat sini kalau nak.

Pada pendapat aku yang jahil ni, memang langsung tak ada rupa seperti seorang yang mati akibat asma atau paru-paru berair sekalipun. Walaupun aku bukan seorang doktor, tapi berdasarkan pengalaman hidup dan minat TV series seperti House & Grey’s Anatomy, memang bukan mati disebabkan paru-paru berair.

Korang pikir la sendiri !

Popularity: 1% [?]

  Categories: current issuesoutrageousvideo       Comments (22)