Permulaan Baru Di Sini

Siapakah aku?

Seperti mana yang korang tahu, aku adalah penulis blog di life4hire.berceloteh.com. So kenapa tetiba pulak aku wujud kat sini. Sebenarnya aku wujud kat banyak blog. Aku pernah jadi guest blogger kat Sembang Komputer dan juga kat HelmiAsyraf.com. So tak jadi benda menghairankan kalau aku muncul kat beberapa tempat dan jangan salah anggap aku macam Ayah Pin plak.

Kenapa tetiba berblog di berceloteh.com ?

Memula aku nak buat blog ni sebagai blog yang caca marba, nak letak benda-benda lawak dan juga junk-junk email aku yang menarik seperti gambar-gambar dalam post-post sebelum ini. Tetapi dalam keghairahan aku blogging kat life4hire.berceloteh.com, aku terasa ada benda yang kurang. Aku memang suka share info dengan orang lain, tolong orang setelkan problem diorang dan macam-macam lagi, tapi aku kurang tempat untuk aku ekspresikan diri aku sendiri. So aku membuat keputusan untuk revamp blog kat berceloteh.com ni sebagai tempat aku ekspreskan diri aku, berkongsi dengan pembaca aku tentang apa yang aku pikir dan tempat aku menyebarkan doktrin-doktrin jahat dan baik komen aku tentang isu-isu semasa. Aku akan cuba sampaikan dalam gaya penulisan sehabis sempoi aku dan aku memerlukan feedback dari semua orang untuk tujuan tersebut.

Apa akan jadi dengan life4hire.berceloteh.com?

Aku akan terus menulis di situ dan anggaplah blog itu sebagai tempat eksperimen aku dan kubur segala pengetahuan aku pasal dunia internet, komputer, rangkaian dan keselamatan komputer. Selepas aku mengambil kira feedback dari Syam ex-Aeropama yang berjela, aku rasa matlamat-matlamat aku dalam blogging tak boleh ditempatkan dalam satu blog sebaliknya kena lebih dari satu blog.

Kenapa bahasa melayu?

Kalau korang ada terpikir soalan ini, aku ada jawapan untuk korang. Blog ini memang aku akan menulis dengan penuh dedikasi dalam bahasa Melayu walaupun life4hire.berceloteh.com tuh dalam bahasa Inggeris kerana aku menulis di sana untuk mempertingkatkan Bahasa Inggeris aku (walaupon NH dari Noktah Hitam selalu sound pasal grammar aku yang menunjukkan English aku memang masih fail lagi.) Aku menulis dalam bahasa Melayu kerana aku merasakan satu kepuasan untuk menulis dan memberikan ekspresi tepat dalam Bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris.

Blog ini hodoh !

Ya, aku akui blog ini hodoh tapi aku akan cuba pertingkatkan lagi di masa hadapan. Oleh sebab itu, sila bersabar ye. Pembaharuan akan dijalan dari semasa ke semasa.

Dah habis bercakap dah ?

Ya, aku rasa aku dah bersyarah panjang dah kat sini. Sekiranya tiada kesusahan, korang boleh RSS feed aku untuk mendengar celoteh aku di masa hadapan. Aku harapkan celoteh aku dimasa hadapan akan membuka minda korang, membawa korang melihat sesuatu isu di sudut pandangan lain iaitu dari sudut pemikiran aku sendiri dan kekadang korang kena sabar kalau ada entry yang terhasil dari sumpah seranah aku.

Sekian, terima kasih untuk entry pertama aku di sini !

Similar Posts:

9 Replies to “Permulaan Baru Di Sini”

  1. Pingback: RockYourVote.net
  2. aku baru jer nak ajak kau berceloteh dalam blog aku….tut kau mula berceloteh dalam ni pulak…apa pun tahniah kerana menghargai bahasa melayu

    Reply

    life4hire Reply:

    alamak beb…ko tak sound awal2…hehe…tak per la..nanti aku jadi guest blogger kt blog ko ke…muakkakkaka…cam femes sangat nak jadi guest blogger kan?

    Reply

  3. Ahhh bro. English aku pon selebet gak. Tapi baguslah kau mencube. Kalau aku salah ko betulkan, kalau ko salah kami betulkan. Barulah semangat setiakawan. Amcam?

    ps: Aku kenal benor background ko ni.
    pss: Aku betulkan CSS ko, in return bubuh link aku kt footer. Amcam?

    Reply

    life4hire Reply:

    haha…cantek la bro..aku menerima kritikan dengan hati terbuka…bak kata org la kan…kuman seberang laut nampak…gajah depan mata kita tak nampak…so maybe aku tergolong dalam kategori tuh gamak nyer…

    memperbetulkan CSS amatlah digalakkan..link kt footer beres…BG tuh aku rembat kat mana aku dh lupa…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge