Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang

Posted by life4hire on April 8th, 2009 | tags: , , , , , ,

Tajuk biar lucah..kita ikut cam Pemikir Ekstrem nyer style sket…kot2 ramai yang gatal tangan nak clickkan? Tapi aku rasa semua orang dah tahu pasal ape. Banyak lagi blog yang menggunakan tajuk seperti ini tapi aku tak kira…Aku nak jugak guna….Panjang plak aku melalut ni ha…

peti-undi

Jika korang ingat aku nak cerita detail pasal pilihan raya korang silap..korang rasa aku nak wat analisis pasal pilihanraya ari tuh pon korang silap…aku just nak berceloteh sket jer…sebenarnya entry ni adalah respons aku kepada entry kat kongsiblog.com bertajuk “Aku Kecewa Dengan Blogger“.

Secara ringkasnya, dari apa yang aku paham, entry itu berkisar tentang

  1. perasaan kecewanya kerana ada blogger yang dok terbalik gambar pemimpin2 tak kira dari kerajaan atau pembangkang
  2. ahli politik bertindak macam-macam hal ada kepentingan, tapi kita rakyat biasa dipersoalkan apa faedahnya yang kita dapat?
  3. kenapa lagi banyak blog pro pembangkang dari kerajaan?

Tuh 3 persoalan utama yang aku amik dari blog dia. Ni plak hujah aku dari sudut minda aku sendiri.

1. Mengenai terbalikkan gambar.

Aku tak kata aku setuju atau tidak bersetuju, tapi bagi aku itu adalah OK. Ini adalah jalan mudah dan simple untuk menunjukkan protes dan aku rasa ini lebih baik dari dok mengutuk atau sebarkan fitnah tak tentu pasal. Terbalikkan gambar jer, bukan photoshop memacam. Hehe. Sememangnya betul, ada satu blog yang aku tengok pro pembangkang, tapi dia terbalikkan gambar 2 orang kerajaan dan sorang orang pembangkang. Yang penting, dia tidak pilih bulu. Orang yang dia rasa patut diprotes, dia protes!

2. Apa kaitan kepentingan ahli politik dan kita sebagai rakyat biasa.

Bagi aku, sebenarnya banyak kaitannya. Orang politik kat parlimen dan DUN tuh sebenarnya kita yang pilih. Kita pilih diorang untuk mewakili kita di parlimen dan untuk memperjuangkan hak kita. Balasan diorang dapat elaun & gaji adalah duit dari kita, titik peluh kita bekerja dan dikenakan cukai. Tuh yang paling simple.

Dipanjangkan lagi dengan duit cukai tuh, duit tuh diperuntukkan untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyat. Andaikata duit itu disalahgunakan ke arah kepentingan parti atau individu, tuh bermakna rakyat yang rugi. Memang betul biarlah orang politik yang berkata macam-macam, kutuk sana kutuk sini, tapi kita jugak yang memilihnya. Rakyat kita memilih berdasarkan parti, bukan berdasarkan individu. Sepatutnya kita pilih orang yang kita rasa boleh mewakili kita, baik budi pekerti dan akhlaknya. Masalah timbul bila ada di kalangan rakyat-rakyat biasa ni yang memang taksub ngan parti masing-masing, mungkin kerana dijanjikan macam-macam balasan atau faktor-faktor lain tapi yang pentingnya, orang-orang yang taksub ni adalah orang biasa, bukan ahli politik sepenuh masa atau ada kaitan saudara dengan ahli politik.

Dipanjangkan lagi dengan bila masa pilihan raya, siapakah yang berkempen untuk wakil-wakil rakyat ni? Ahli politik tuh confirm la akan turun padang bagi ceramah sebagainya, tapi yang dok bersengkang mata, melalak sampai kering air liur dan sakit-sakit badan adalah rakyat biasa yang berkempen. Apa faedahnya, itu korang sendiri la pikir2kan…Lain orang lain motivasinya.

3. Kenapa lagi banyak blog pro pembangkang dari kerajaan?

Part ni aku malas nak ulas pepanjang tapi mungkin semua orang boleh perasan kot. Aku akui aku memang jarang tengok berita tapi 2,3 menjak ni aku selalu tengok Buletin Utama sebelum aku pegi kije (aku kije malam jer). Dari start pukul 8 smp sebelum berita sukan, semua dok citer pasal kerajaan berkempen jer, belah pembangkang memang langsung takde. Kalau ada pun, part-part yang tak seronok tengok jer dimuatkan. Kalau pasal paper, tak payah nak cerita la kan. Memang penuh sebelah pihak jer. Mana la orang tak berasa jemu dan cemuh kerana pihak media berat sebelah. Sebab tu la diorang bawak pegi ke internet. Tapi kalau korang nak tahu, bukan blog pembangkang jer banyak, blog pro kerajaan pon banyak jugak.

Ni pendapat peribadi aku la. Mungkin ada yang tak setuju dengan aku. Ape-ape pon korang rasa, aku mintak maaf. Ni hanyalah pandangan aku seorang insan biasa dan rakyat biasa. Mengundi pon tak pernah lagi yeop ! Aku hanya luahkan apa yang aku rasa…korang terima atau tidak..terpulang…kita sama-sama fikirkan!

Similar Posts:

Popularity: 1% [?]

  Categories: bercelotehcurrent issuesmalaysiakinipolitik malaysia

You can leave a response, or trackback from your own site.

28 Responses to “Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang”

  1. menteil Says:

    huhu.. kebanyakan ulasan ko aku sokong habis…
    inilah dikatakan bebas bersuara.. tapi kena ingat batasnya di mana…
    tapi tang gambar terbalik tu aku kurang gemar.. bukan tak suka atau suka…
    tapi macam tak sesuai…

    menteils last blog post..Kemesraan Dalam Keluarga

    Reply

  2. Kujie Says:

    1. gambar – tengok2 gitu saja..lebih berminat baca entri…jadi terbalik ke tidak tak de kesan sgt

    2. bahasa caci makin – ehhh….kat parlimen pun dia org buat mcm tu…apalagi yg berani di hujung jari, kan?

    3. blog pro pembangkang – 4 negeri bukan pembangkang ye…agak sedih bila memerintah masih lagi berperanan seperti pembangkang. Jadi blog2 dari Perak, kedah, Kelantan dan Selangor tu blog pembangkang ke blog kerajaan ?

    Kujies last blog post..Tak seperti bintang, aku tak bersinar

    Reply

  3. samdaddycool Says:

    .. aku taknak komen pasal gambo.. aku nak komen pasal gaji dan elaun ADUN / wakil rakyat.. Elaun dan gaji yang diaorang dapat tu adalah amanah supaya bekerja, bukannya guna kepentingan untuk cari cable / buat bisness sebab menggunakan kuasa yang ada. Jadilah seperti Khalifah para sahabat… Setiap pekerjaan dan tanggungjawab akan dipersoal di padang mahsyar.. nauzubillah

    samdaddycools last blog post..Eh… dapat baby lah!

    Reply

  4. spatt Says:

    eh,ko xpenah mengundi lagi eh?
    hurm.politik ke…no komen lah..

    semalam aku hampir hilang buyer tetap paypal aku, gara2 politik…
    nasib baik harini dah ok…huh.

    spatts last blog post..Missing In Action?

    Reply

  5. callister Says:

    yang no. 3 tu mcik setuju sgt2..
    menyampah, meluat dan benci pun ada..
    orang nk tgk berita bukn nk tgk citer psl politik aje..
    agak2 la..
    kalo setakat 10 minit leh tahan lagi..
    ni dah nk smpai 40 min…
    meluat!!!

    Reply

  6. nabilah mangshor Says:

    sama arr
    xpenah ngundi lg
    hoho
    tp, btul…byk blog pembangkang dlm tenet ni
    -.-

    nabilah mangshors last blog post..Tag (from kuin)

    Reply

  7. Kill-Vearn Says:

    aku sokong ko nya usul…
    tapi biasa la… media mana yang nak bangkang kerajaan, kalo tak nanti depa kene balik ngan kerajaan.. sbb tu kalo kita tgk lani kat tv ke ape ke mana de nak cite kisah pembangkang.. mmg tak adil sungguh.. nape la media takleh jadi org atas pagar tanpa sokong mana2 pihak.. baru adil dan saksama…

    psstt: media yg aku ckp neh adalah media yg terkenal kat malaysia ni… smua taw kan…

    Kill-Vearns last blog post..My Birthday Wishlist

    Reply

  8. Azman Ishak Says:

    erk… ape aku nak cakap
    pasal politik ni eh???

    *fuh.. memang aku tak pandai komen
    kalau ade yang bersuara pasal politik.
    sorry bro.. weakness… :p

    Azman Ishaks last blog post..Mini Gathering

    Reply

  9. inertz Says:

    Agaknya kalau pembangkang diberi peluang sama rata dalam media arus perdana, dah tentu bertukar kerajaan kot. Tengok ajelah dalam PR baru2 ni, sampai akhbar digantung pun boleh lagi menang…

    inertzs last blog post..Jangan minta laicikang kat Sate Kajang Haji Samuri

    Reply

  10. alone Says:

    dah media perdana bias. org beralih pula nak tengok media alternatif.

    btw, nak luahkan pendapat tiada salahnya. masalahnya ada yang sampai melampau2. faham2 sajala melampau2 tu macam mana.

    cis.

    alones last blog post..Politik Semasa Menguntungkan Kita?

    Reply

  11. Adry Says:

    semua pendapat ko aku sokong… dah kerajaan pemerintah pusat berat sebelah sangat… semua media perdana dia punya… jangan heran la kalau media alternatif lebih ramai pro pembangkang…

    Adrys last blog post..Cerita Seram SMK Kuhara

    Reply

  12. -WaN- Says:

    byk blog pro pembangkang sbb memang senang jadi pembangkang..setiap masa bangkang je keje..mmg senang..

    tunggu apa2 kerajaan buat,pastu bangkang ramai2..
    diorang takde keje laen ke?..
    aku bukan pro mana2 pihak,tapi ini pendapat aku dr apa yg aku lihat kat M’sia..

    -WaN-s last blog post..Siapa Aku?? …

    Reply

  13. azwan Says:

    ah… politik, it’s a two edged sword.

    azwans last blog post..Make Money Online: Linkworth

    Reply

  14. Mohd Hafifi Says:

    aku sokong ape yang ko cakap..

    p/s: lpas kua kptusan plihan raya aritu, ade sms lucu…lebih kurang tajuk entri nni le..hehe

    Reply

  15. JRY Says:

    Kenapa lagi banyak blog pro pembangkang dari kerajaan?

    satu sebab yg aku terpikir, blogger ramai dari golongan pemuda/di. Pembangkang ni lebih kepada memberontak.sma spt sifat remaja yg suka memberontak… zman canggih, golongan tua dulu2 tulis atas kertas je..haha.

    JRYs last blog post..Contest di Blog Boonto Ditutup

    Reply

  16. titan Says:

    ehm..lantaklah. nak terbalik ke, nak tergolek. Janji bukan gambar aku. Hehe..

    titans last blog post..Review: Buku Buat Duit dengan Blog oleh Yazid Yahaya

    Reply

  17. blowie Says:

    terbalikkan gambar? biasa je tuh.
    belum edit teruk2 lagi kan? :P

    blowies last blog post..1,2,3,4…30? tolong baca dlm PPSMI

    Reply

  18. hazman aka species1980 Says:

    isu yang nombor 3 tu….pihak yang berkenaan kenalah fikir dan amik iktibar nape ianya terjadi….

    hazman aka species1980s last blog post..Memohon KERJA dalam talian

    Reply

  19. shafiedotbiz Says:

    erm aku skong hazman..amik lah ikhtibar..sbnrnya sume org kne sntiasa muhasabah..baru lah x der yg berat sebelah…

    shafiedotbizs last blog post..Jangan Berlagak Bila Kau Kaya

    Reply

    shafiedotbiz Reply:

    lupa lak..bro exchage link erk..aku dah wat link tuk ko di ruangan Rakan Blogger di blog aku..daaa

    shafiedotbizs last blog post..Jangan Berlagak Bila Kau Kaya

    Reply

  20. affuan Says:

    HOI! haha.

    affuans last blog post..Rumah: Aset atau liabiliti?

    Reply

  21. taukey Says:

    ni mmg aku sokong…. hidup samdaddycool. afundi samdaddycool

    taukeys last blog post..Duit Dari Entrecard

    Reply

    taukey Reply:

    aiyak salah tempat dah. nak reply komen samdaddycool

    taukeys last blog post..Duit Dari Entrecard

    Reply

  22. hajii Says:

    Ambil lah iktibar. Setiap yang baik dibalas baik … yang jahat, yang burok……….padah jawabnya.

    Reply

  23. !x0r@ Says:

    ni laa sebabnya saya malas nk tgk berita malam2. jemu laa nk ngadap bab politik tiap2 hari. bkn tanak amik tahu tapi asyik isu yg sama je dok ulang.. huii..

    Reply

  24. Fatin Pauzi Says:

    Kalau nk cite baB politik, mmg speechless. Dah tak tahu mne satu yg layak.. huhu..

    Fatin Pauzis last blog post..Pro & Contra Pembedahan Sedut Lemak (Liposuction)

    Reply

  25. Sweet Thinker Says:

    beb. di Kelantan akoo lah pembangkang. haha. akoo ingin kemajuan. tp kemajuan melampau akoo xske. maka akoo sokong gomen kelate balik.

    hahaa!

    Sweet Thinkers last blog post..Jangan Salahkan Lelaki Kalau Berkhayal

    Reply

  26. sopheamaya Says:

    hmm..satu benda je nak ckp..sy suka baca blog awak..keep on writing.. :)

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge