Aku nak berhenti merokok ! Ada cadangan ?

Aku dah buat keputusan sebulat suara, setekad mungkin dalam hati aku. Aku nak berhenti merokok, for good ! Sebenarnya usaha ni dah bermula dari sekarang tapi aku jadikan ini matlamat untuk tahun 2009. Ni top of the list aku untuk tahun 2009. Semoga sesiapa yang dah berjaya berhenti merokok, boleh memberikan aku panduan untuk berhenti merokok.

berhenti_merokok

Antara sebab aku nak berhenti merokok adalah :

  • Rokok membahayakan kesihatan
  • Rokok membakar duit aku nak kahwin
  • Rokok menguningkan gigi aku
  • Rokok buat bilik aku bersepah ngan abu rokok
  • Rokok menyumbang ke arah penipisan ozon dan sampah ke alam sekitar
  • Rokok memberikan mewujudkan suasana tidak mesra kepada kekawan aku
  • Rokok membuatkan mak aku suka sindir aku
  • Rokok bla bla bla bla… (sila isi sendiri di ruangan komen)

Oleh sebab-sebab di atas, aku nak berhenti merokok. Dan di kesempatan ini, aku mengambil inisiatif untuk menyeru rakan-rakan aku seperti Syam Aeropama (selamat kembali berblog), Noktah Hitam, Bongkersz dan Lochoe untuk berhenti merokok bersama aku. Sesiapa ada cara berkesan untuk berhenti merokok, aku amat alu-alukan komen korang. Nanti aku buat satu list dalam tulisan aku yang seterusnya mengenai cadangan-cadangan dan tips untuk berhenti merokok dari sesiapa yang memberi komen di blog aku nanti !