Kamus Dewan Online

Aku dh lama sebenarnya simpan link ni & nak share dengan korang, tapi disebabkan aku takde masa nak update blog, so memang tak sempat la nak share kan? Tapi setelah satu komen Encik Spatt dibaca oleh aku kat post dia berkenaan hukum karma, tros aku nak share dengan korang dan juga Encik Spatt link ni. Link apekah itu? Link ini adalah link kepada Kamus Dewan Online atau pon dengan bahasa Melayu nyer Kamus Dewan Dalam Talian. Dipendekkan cerita, beginilah komen Spatt yang melahirkan post ini.

kamus dewan spatt hilang

Sebenarnya Encik Spatt sudah kehilangan Kamus Dewan dia yang mahal tuh. Aku pon pernah ada Kamus Dewan jugak. Tebal duh, penat aku membelek siot. Dulu aku rajin buat Teka Silang Kata Utusan. Jenuh aku buat & pos, tapi tak pernah menang pon. Hampeh !

So link yang aku nak share sebenarnya adalah link kepada Kamus Dewan Online. Time dulu aku nak guna Kamus Dewan, aku dah try search kat internet, tapi tak jumpa. Mungkin tak wujud lagi kot time tuh. Dah lama dah aku try cari tapi tak ingat bila. So kepada kekawan yang malas nak bukak link tuh, aku dah sertakan sekali webshot untuk halaman Kamus Dewan Online tuh.

Continue reading “Kamus Dewan Online”