Antara dua blog…

Posted by life4hire on December 5th, 2008

Aku baru pulang dari kerja. Kehidupan malam saban hari untuk mencari rezeki halal kadang kala terasa memakan diri. Mana tidaknya, orang lain kerja dari 9 pagi sampai 6 petang, aku kerja dari 9 malam sampai 6 pagi. Kerana sesuap nasi, terpaksa aku harungi. Aku tak mahu jadi freegan !

Sekarang pukul 8:07 pagi. Aku masih mencari idea untuk menulis di sini. Dulu, terlalu banyak untuk diluahkan, tapi bila aku dah mula menulis di sini, terasa tumpul pula otak geliga aku ni. Mungkin kerana kepenatan atau mungkin kerana sel-sel otak dah banyak mati dek penangan asap rokok aku ni. Isk…mintak jauh segala penyakit (walau nampak gaya nyer sajer cari penyakit)

Hidup jadi pak guard ni memang susah sebenarnya. Ingat dok melangut jer? Sebenarnya banyak kerja beb. Kalau tak banyak kerja, masakan aku tak ada masa nak update blog. Jangan kata blog ini, blog lagi satu pon kekadang tak terdaya nak menaip. Kadang kala aku terpaksa mencuri masa menaip dengan kerja bertimbun, terkadang juga aku melalut di blog sana walaupon tutorial itu semua memang straight forward bak kata omputeh. Isk…aku buntu…ubuntu kah aku ini?

» Read the rest of this entry…

Popularity: 1% [?]

  Categories: personalvideo       Comments (16)