Aku nak berhenti merokok ! Ada cadangan ?

Aku dah buat keputusan sebulat suara, setekad mungkin dalam hati aku. Aku nak berhenti merokok, for good ! Sebenarnya usaha ni dah bermula dari sekarang tapi aku jadikan ini matlamat untuk tahun 2009. Ni top of the list aku untuk tahun 2009. Semoga sesiapa yang dah berjaya berhenti merokok, boleh memberikan aku panduan untuk berhenti merokok.

berhenti_merokok

Antara sebab aku nak berhenti merokok adalah :

  • Rokok membahayakan kesihatan
  • Rokok membakar duit aku nak kahwin
  • Rokok menguningkan gigi aku
  • Rokok buat bilik aku bersepah ngan abu rokok
  • Rokok menyumbang ke arah penipisan ozon dan sampah ke alam sekitar
  • Rokok memberikan mewujudkan suasana tidak mesra kepada kekawan aku
  • Rokok membuatkan mak aku suka sindir aku
  • Rokok bla bla bla bla… (sila isi sendiri di ruangan komen)

Oleh sebab-sebab di atas, aku nak berhenti merokok. Dan di kesempatan ini, aku mengambil inisiatif untuk menyeru rakan-rakan aku seperti Syam Aeropama (selamat kembali berblog), Noktah Hitam, Bongkersz dan Lochoe untuk berhenti merokok bersama aku. Sesiapa ada cara berkesan untuk berhenti merokok, aku amat alu-alukan komen korang. Nanti aku buat satu list dalam tulisan aku yang seterusnya mengenai cadangan-cadangan dan tips untuk berhenti merokok dari sesiapa yang memberi komen di blog aku nanti !

Hari ini, 13 tahun yang dulu…

Skang ni tepat pukul 12 tengah malam, 6 Disember 2008 dan aku masih belum tidur. Mungkin kau ingat aku bekerja pada malam ini, tapi sebenarnya tidak. Aku dah mula bercuti untuk pulang ke kampung. Plan asalnya pada malam ini tapi ditunda beberapa jam atas sebab tertentu.

20080105_1243850727_prepsc02

Pada saat ini juga, 13 tahun yang dulu, aku masih belum tidur. Mungkin kerana suasana baru yang menyelubungi aku pada ketika itu. Kalau dulu aku hanya tidur keseorangan dalam bilik di rumah, pada waktu itu aku tidur di katil 2 tingkat dengan teman sekatilku bedmate Zuhdi berada di atas. Entah apa dia buat aku pon tak sedar, mungkin keadaan dia sama sepertiku…mengenang keluarga yang jauh di kampung.

Continue reading “Hari ini, 13 tahun yang dulu…”