P1wimax, aku nak refund aku!

Tajuk blom pape lagi dah ganas dah. Tapi tuh la menunjukkan betapa aku tensen nyer menuggu P1wimax nyer refund. Masuk hari ni, dah berapa puluh hari bekerja dah aku tunggu. Diorang janji 45 hari bekerja, kalau ikut aku ni..memang dah lebih sangat dah ni. Dah la lambat, bermacam-macam alasan bahagian finance department bagi. Cek tak siap la, masih dalam proses lagi la.

p1w1max-usb-modem

Aku pengguna P1 Wimax untuk 2 pakej. Pakej RM99 DS300 dengan pakej RM149 Wiggy. Disebabkan connection yang lembab kat area rumah aku, so aku terminate P1 Wiggy pada 9 Oktober 2009. Aku dah bayar upfront untuk 2 tahun, so bebulan diorang charge ke kredit card aku. Walaupun connection mengecewakan, tapi aku tetap guna P1 DS300 untuk kegunaan internet aku.

Lepas aku pegi p1 Paddock untuk terminate, diorang calculate berapa jumlah untuk dikembalikan, aku pun menuggu la dengan sabarnya. Disebabkan aku nak pindah rumah, aku mintak untuk amik check dekat P1 Paddock. Lepas 45 hari bekerja, aku call balik tanya, diorang kata tak siap lagi. Dan juga disebabkan time aku call sehari sebelum public holiday, so customer service tak boleh nak check dengan finance department pasal diorang cuti. Aku sabar menanti hingga ke minggu hadapan.

Minggu hadapan aku call, diorang kata check dah siap dan menanti kat P1 Paddock. So aku pon merempit la pegi P1 Paddock lepas buat survey ngan housemate aku, namun kecewa juga. Bila aku sampai ke P1 Paddock, diorang kata check aku takde dalam simpanan diorang. Dan sekali lagi sebab esoknya public holiday, maka diorang tak dapat check dengan finance department. Takpe, aku sabar lagi.

Minggu hadapannya, aku call lagi customer service dan juga berkomunikasi melalui twitter. Masih tiada perubahan atau update dari finance department. Customer service juga mencadangkan supaya tukar dari check kepada bank in memandangkan diorang ada no akaun Maybank aku dan customer service raise satu high priority ticket kepada finance department. Aku pon bersetuju pasal aku pun dah malas nak merempit pegi ke P1 Paddock. Aku juga meminta seseorang dari finance department untuk call aku bagi menjelaskan kelewatan refund aku.

Dua tiga hari lepas tuh, aku call lagi memandangkan tiada orang call aku dari finance department. Bila customer service check ticket, still takde lagi info dari finance department pasal refund aku. Diorang minta aku bersabar lagi dan duit akan dimasukkan dalam masa terdekat. Seseorang dari finance department akan call aku pada selewat-selewatnya hari Rabu (30hb Disember 2009) untuk check duit refund dah masuk belum.

So, semalam adalah hari Rabu yang dimaksudkan dan masih tiada orang dari finance department call aku. So aku call lagi customer service untuk mendapat maklum balas. Diorang check dengan finance department dan finance department kata check belum siap walhal aku dah mintak bank in ke akaun Maybank aku. Camana pulak tetiba jadi check balik? Mana satu yang betul ni? So aku cakap kat diorang, aku nak someone from finance department call aku jugak untuk perjelaskan hal ni. Payah sangat ke nak call seorang customer ni?

Kalau P1wimax boleh habiskan berapa banyak duit untuk promotion dan iklan kat Buletin Utama tetiap hari, takkan la refund yang tak seberapa untuk seorang customer pon tak boleh? Aku bukan ex-customer kerana aku masih lagi mempunyai akaun P1wimax dan masih membayar bil seperti biasa untuk diorang. Finance department pon busy sangat ke sampai nak call explain untuk seorang customer yang cukup sabar menanti refund dia yang tak kunjung tiba? So sehingga saat entry ini ditulis, masih tiada lagi duit dalam akaun Maybank aku.

Aku seorang yang sukakan revolution dalam banyak perkara, dalam perihal broadband, politik dan banyak lagi. Time P1wimax memula keluar, aku sangat teruja sebab aku rasa P1wimax boleh mencabar monopoli broadband kat Malaysia. Tapi kalau macam ni service diorang kepada pelanggan, tidak mustahil P1wimax akan berkesudahan sama seperti pembekal broadband lain kat Malaysia ni. Walau bagaimana pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada Sharminie ( atau Sharlinie, tak ingat nama), Karting dan Sean(kalau tak silap) dari twitter & customer service kerana sudi melayan aku khususnya, dan customer service lain yang aku tak ingat nak tanya nama.

Akhir kata, bila la agak nyer aku nak dapat refund dari P1 ni ???