Apa kejadah nyer Streamyx penipu besar?

Aku sebenarnya lama dah nak cerita pasal menatang alah problem Streamyx yang terjadi ari tuh tapi tak berkesempatan dengan kije aku yang berlambak. Benda ni jadi sebulan yang lepas dan time tuh aku memang tengah guna Streamyx kat umah. Tetiba line internet aku rasa slow nak mampos. Selalu nyer kalau aku tak bayar bil ke ape ke…confirm tros takleh pakai. Tapi ni tak putus, just slow giler jer.

Benda pertama sekali aku buat, aku call opis aku tanya. Kalau internet macam ni punya slow, mesti ada core link down kat memana. Aku call opis aku tanya bebudak opis, diorang cakap XXXXX link semua ok, takde major alarm. XXXXX link ni link-link core untuk company aku kat seluruh dunia. Aku dah start pelik dah..haram jadah la ni..Aku siap cakap kat diorang lagi, standby la. Confirm ada nanti call masuk cakap ada link memana down & aku mintak diorang cakap kat aku mana yang down. Aku soh diorang check internet kat opis, diorang cakap takde problem pasal guna TIME.com pon. Diulang, TIME bukan TM.NET.

Lama aku menunggu, aku call lagi skali. Diorang confirm cakap takde core link down. Sah, ini confirm Streamyx buat hal. Kalau cam problem ari tuh yang kabel bawah laut kat celah bedah mana dulu down, memang opis aku busy giler dulu sebab kitorang memang ada share dalam core link tuh. Memandangkan tuh hujung minggu, aku tak kije, so aku malas nak amik tahu sangat. So aku wat bodoh jer la dulu. Then start kecoh-kecoh kat blog-0-rama Malaysia, streamyx slow nak mampos.

Lepas tuh aku guna proxy sebab nak test betul tak teori aku Streamyx ada problem. Cantek jer laju aku guna proxy. Sah Streamyx bangang. Lpeas tuh aku pegi opis guna internet, semua cun takde masalah. Melengkapkan lagi teori aku Streamyx ada problem sendiri.

Lepas tuh, dalam 6 hari, Streamyx wat announcement. Mula-mula sekali, kita tengok official statement dari Streamyx.

Dear Valued Customers,

Telekom Malaysia Berhad (TM) wishes to announce that there is a disruption of its Internet services since 18 February 2009 due to circuit fault on the Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) between Kuantan – Katong in Singapore and Shantou – Tanshui in Taiwan linking Malaysia to the United States (US).

Due to this, customers using Internet services may now experience slow browsing while accessing content hosted in the U.S. In addition, customers using other IP services such as Virtual Private Network (VPN) and other critical business applications linked to the US may also experience some service degradation.

To alleviate the problem, some of the links have been rerouted to alternate routes to ease the congestion.

During the restoration process, traffic to Northern America may experience minor degradation while traffic to other countries is not affected. TM expects the complete recovery of its services by 5 March 2009. TM will make further announcements on the progress of the restoration works.

TM wishes to assure its customers that it is undertaking all necessary measures to restore communications services for its customers as soon as possible.

Customers can call TM at 100 and select “Internet Services” or e-mail us at help@tm.com.my for any Internet related problems.

Thank you

Celah bedah la Streamyx! Ko nak tipu orang lain guna menatang alah penjelasan tuh boleh la. Makcik pakcik yang baca paper Utusan kat kampung ko leh tipu. Tapi korang ingat bleh tipu ke golongan-golongan ada pengetahuan network ni? Bodoh betol. Meh aku buat penjelasan terperinci apakah sebenarnya menatang yang TMNET kelentong kat kita selama ni. Kalau korang rasa nak saman, suka hati korang la.

Dah la announcement lambat giler keluar, menipu plak tuh. Memula sekali kita kena tahu apakah itu APCN2. APCN2 atau nama panjang nyer Asia-Pacific Cable Network 2 tuh sebenarnya core link  menghubungkan Malaysia dengan Asia Pasifik lain. Dengan kata lain, ini juga adalah kabel yang sama yang menyebabkan gangguan internet dulu time gempa bumi kat Taiwan tuh. Mari kita tgk camana rupa APCN2 ni.

apncn2

Kalau nak tengok lagi besar, korang leh download file PDF ni.

Continue reading “Apa kejadah nyer Streamyx penipu besar?”