Yea..Callister di sini

Senang hati lak rasanya dapat berbahasa malaysia. Sila layan youtube di bawah dulu yer.

Real ke 2? Tapi kalo aku jadik bride dia, aku wat lemas2..xda la malu sgt…

Yea.. Sebenarnya excited gile bile hari minggu lepas bile abang ngah aku yang duk Sabah tu col, dia bagitau yang dia bakal jadik Pak Ngah. Ish aku pun rasa pelik yang amat sangat, eh bini dia yang pregnant apehal lak dia nak jadik pak ngah patutnya dia jadik abah? Oh baru aku paham lawak dia, maknanya abang aku yang sulung 2 la yang nk jadik abah.. Oh, angah aku kawin dulu dari along aku,sebab 2 la kak ngah aku yang pregnant dulu baru kak long..

Wah..suke gile hati aku ni sebab dalam tahun ni aku bakal dapat dua ank sedara. Yea tuan2, dua tau..Insyaallah satu lahir bulan 8 dan satu lagi bulan 12.. Haha…sile jeles ye kawan2…(sumpah hari 2 aku jeles bila noktahhitam citer pasal anak sedara dia) Sebab baru ni la aku akan dapat merasa ada anak buah..Bila dapat lak, skali dua.. HEHEHE.. Serius excited. Tapi yang xbrape best nya, abang aku yang sulung tu bulan 4 ni nak g keje kat Arab, dia xbawa bini dia lagi.. So, sian la kakak ipar aku kalo mengidam xda suami nk tolong.. Tapi xpe, kakak ipar aku 2 duk kat damansara je, boleh je aku tgk-tgkan. Ceh..nk tolong tgkkan konon, padahal aku pun orang tolong tgkan..

Continue reading “Yea..Callister di sini”

Element – Rahasia Hati

Hari ni aku nak share salah satu lagu favourite aku iaitu Rahasia Hati. Lagu ni dah lama dah. Nama band yang nyanyi lagu ni, Element. Maybe korang tak pernah dengar nama band ni sebab ni band infon. Tapi bagi peminat band indon, korang mesti pernah dengar punya ! Malas nak cakap banyak, tapi aku nak cerita kat sini aku pernah dengar lagu ni satu jer kat komputer aku selama seminggu. Aku biarkan komputer aku on 24/7 time kat universiti dulu dan sesiapa pon diharamkan menukar lagu kat winamp aku time tuh. Hehe.

So aku persembahkan, lagu Rahasia Hati dari Element.

Continue reading “Element – Rahasia Hati”

Video remaja mati dalam tahanan polis

Mungkin korang pernah baca berita pasal ni kat Utusan atau media-media lain. Berita yang memaparkan seorang remaja India, A Kugan yang meninggal dunia semasa dalam tahanan polis. Pada mulanya, ia dikatakan meninggal dunia akibat paru-paru berair, namun mengundang persoalan kerana badannya dipenuhi oleh kesan lebam seperti dipukul. Tak caya? Korang tengok gambar kat bawah ni.

mayat-a-kugan-lebam

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair.

Pada masa yang sama, satu laporan polis telah dibuat terhadap keluarga Kugan kerana menyerbu masuk ke bilik mayat Hospital Serdang malam Selasa lalu untuk melihat mayat Kugan.Dalam reaksinya, Musa berkata anggota keluarga Kugan tidak sepatutnya pergi ke bilik mayat untuk melihat mayatnya kerana ia boleh dianggap sebagai mengganggu bahan bukti.

Aduh, dah la kehilangan orang yang tersayang, boleh pula nak didakwa kerana mengganggu bahan bukti? Setahu aku, bahan bukti perlu dikatalogkan. Cuba tengok dalam rekod, ada tak mayat ni disenarai sebagai bahan bukti.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T Murugiah mengesahkan bahawa kematian Kugan dalam tahanan polis dikategorikan sebagai kes bunuh.

Alamak, tadi kata mati disebabkan paru-paru berair. Sekarang diklasifikasi sebagai kes bunuh pulak dah? Camana ni beb?

Korang dah tengok gambar kat atas kan? Korang tengok sendiri la video kat bawah ni. Aku ingatkan, video kat bawah ni mungkin terlalu horror atau ganas yang boleh buat korang termimpi-mimpi. Jangan kata aku tak ingatkan awal.

<a href="http://youtube.com/watch?v=5wG5pCqncII">http://youtube.com/watch?v=5wG5pCqncII</a>

Korang leh download video tuh kat sini kalau nak.

Pada pendapat aku yang jahil ni, memang langsung tak ada rupa seperti seorang yang mati akibat asma atau paru-paru berair sekalipun. Walaupun aku bukan seorang doktor, tapi berdasarkan pengalaman hidup dan minat TV series seperti House & Grey’s Anatomy, memang bukan mati disebabkan paru-paru berair.

Korang pikir la sendiri !

Antara dua blog…

Aku baru pulang dari kerja. Kehidupan malam saban hari untuk mencari rezeki halal kadang kala terasa memakan diri. Mana tidaknya, orang lain kerja dari 9 pagi sampai 6 petang, aku kerja dari 9 malam sampai 6 pagi. Kerana sesuap nasi, terpaksa aku harungi. Aku tak mahu jadi freegan !

Sekarang pukul 8:07 pagi. Aku masih mencari idea untuk menulis di sini. Dulu, terlalu banyak untuk diluahkan, tapi bila aku dah mula menulis di sini, terasa tumpul pula otak geliga aku ni. Mungkin kerana kepenatan atau mungkin kerana sel-sel otak dah banyak mati dek penangan asap rokok aku ni. Isk…mintak jauh segala penyakit (walau nampak gaya nyer sajer cari penyakit)

Hidup jadi pak guard ni memang susah sebenarnya. Ingat dok melangut jer? Sebenarnya banyak kerja beb. Kalau tak banyak kerja, masakan aku tak ada masa nak update blog. Jangan kata blog ini, blog lagi satu pon kekadang tak terdaya nak menaip. Kadang kala aku terpaksa mencuri masa menaip dengan kerja bertimbun, terkadang juga aku melalut di blog sana walaupon tutorial itu semua memang straight forward bak kata omputeh. Isk…aku buntu…ubuntu kah aku ini?

Continue reading “Antara dua blog…”