Aku nak berhenti merokok ! Ada cadangan ?

Aku dah buat keputusan sebulat suara, setekad mungkin dalam hati aku. Aku nak berhenti merokok, for good ! Sebenarnya usaha ni dah bermula dari sekarang tapi aku jadikan ini matlamat untuk tahun 2009. Ni top of the list aku untuk tahun 2009. Semoga sesiapa yang dah berjaya berhenti merokok, boleh memberikan aku panduan untuk berhenti merokok.

berhenti_merokok

Antara sebab aku nak berhenti merokok adalah :

  • Rokok membahayakan kesihatan
  • Rokok membakar duit aku nak kahwin
  • Rokok menguningkan gigi aku
  • Rokok buat bilik aku bersepah ngan abu rokok
  • Rokok menyumbang ke arah penipisan ozon dan sampah ke alam sekitar
  • Rokok memberikan mewujudkan suasana tidak mesra kepada kekawan aku
  • Rokok membuatkan mak aku suka sindir aku
  • Rokok bla bla bla bla… (sila isi sendiri di ruangan komen)

Oleh sebab-sebab di atas, aku nak berhenti merokok. Dan di kesempatan ini, aku mengambil inisiatif untuk menyeru rakan-rakan aku seperti Syam Aeropama (selamat kembali berblog), Noktah Hitam, Bongkersz dan Lochoe untuk berhenti merokok bersama aku. Sesiapa ada cara berkesan untuk berhenti merokok, aku amat alu-alukan komen korang. Nanti aku buat satu list dalam tulisan aku yang seterusnya mengenai cadangan-cadangan dan tips untuk berhenti merokok dari sesiapa yang memberi komen di blog aku nanti !

Similar Posts:

63 Replies to “Aku nak berhenti merokok ! Ada cadangan ?”

  1. Pingback: fark.my
  2. Pingback: negaraku.net
  3. Pingback: malaysiastory.com
  4. Pingback: RockYourVote.net
  5. yam… aku menyokong… aku menyokong… aku pun rasa aku patut berhenti merokok… adakah ada cara terbaik… erm.. start merokok pada 2002, skrg dah 2009.. maksudnya dan 7 tahun aku merokok.. aduiih.. lama tuh.. kena stop dgn segera jugak ni… aku setuju semua alasan kamu yam…

    lochoes last blog post..malang di Selekoh Suzi (HOT)

    1. cantek la lochoe kerana menyahut seruan aku…aku dah ada listkan benda2 aku buat untuk berhenti merokok bagi memenuhi objektif aku..nanti aku postkan dalam entry lepas ni. tapi kita sama lama isap rokok beb…aku start merokok full time masa kat UM la..hehe

  6. Saya tidak hisap rokok brader 😛 Senang jer, hendak berhenti merokok, jangan beli rokok. Kalau ada orang offer sekali-sekala, boleh diambil sebab, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

    I think you must be sure, why you want to stop smoking and starts from there you work out the plan. Banyak cara.. cold turkey? Reduce the number?

    Aku suggest, ko start hisap cigar. Mahal dan berkualiti. Jadi ko tak boleh lah hisap rokok selalu 😛

    bongkerszs last blog post..Mugabe, Toyo & Hamid – Tiga Sekawan?

  7. aku x pernah merokok, jd x tau cam ner rasenye klu bhenti rokok ni.. tp sybas krn ade azam utk henti rokok.. x cukup ke sbb yg ko tulis tu utk henti rokok.. ade yg aku dengar fakta… dgn merokok, bleh mengurangkan deria bau kita, atau semakin berkurangan… jd aku takut klu ade kebakaran ke ape tah… ko susah nak agak….

    1. tenkiu apiez sbb bg sokongan…tp kalau part kebakaran tuh..kalau tido ada harapan la aku tak sedar kot…tp kalau tak tido..mesti nampak asap kebakaran punya…hehe

  8. akoo merokok masa kecik. umo 2-3 thn. cewahhh. uncle akoo isap okok. die campak. akoo kutip. ptuihhh. xsedap. sedap lg lolilpop. kalo lochoe mesti dia ckp sedap lg dildo.

    kendian umo 17-18… akoo jd tokey rokok. seludup rokok. kekkee. kaya 3-4 ratus. tp atas nasihat mmbr barang seludup + rokok xkemana.

    maka akoo insaf. dan akoo xrokok dan jd taukey daa. akoo dak baik .hehe!

    Sweet Thinkers last blog post..Persahabatan Di Salah Erti

  9. bila tekan reply x kluar kotak ni.. t’paksa tulis kat bawah la..

    aku cuma nak menyokong bongkerz…..

    aku nak terajang ET.. ciss!!, weih kita penduduk pantai timur takleh kutuk mengutuk.. kita kena amalkan budaya pantai timor ni… baik, jujur dan istiqomah…

    ko mmg otak geliga la ET, pandai buat duit.. kalau ko bisnes bapak ayam ni, mesti dah kaya ko.. rupa ada, body tegak, rambut lurus… cuma itu ja kecik.. tapi xpela.. ko jaga je..cam guard la

  10. bagusla if ada cita-cita nak berhenti tu.. kita tak tau nak bagi cadangan apa pasal kita tak merokok and memang tak suka bau rokok nie pasal buat kita pening, and sakit tekak. even dengan bekas rokok tu pun kita geli nak pegang. tak tau kenapa… walaupun my mum and my dad both are smokers. hurm, yang kita dgr kunyah chewing gum kot and try to reduce it..

    cuba ikut cara bong. biasa2 towards it. heeeee.

    nonos last blog post..yesterday’s story

    1. nono..encik seseorang itu merokok..ahaks…
      anyway, thanks utk pengakuan ikhlas tuh..kalau aku jumpa ko kt memana…aku cuba utk tidak merokok depan ko ok? hehe…dan guna pengakuan ikhlas about ur mum n dad…

  11. berhenti terus. first week rasa nak mampus dan asyik nak makan dan minum. 2nd week mula merasa benda yang tak pernah dirasa. Udara yang sedap, nafas makin panjang beb. makanan perghhhh mau tak makan 2 3 mangkuk. wakakakaka. berhenti la cepat cepat. tips aku, kalau rasa nak merokok g makan gulabatu hacks k. tahan untuk sebulan tanpa merokok dan nescaya ko akan berhenti

    Taukeys last blog post..Beli Nama Domain Menarik Dan Murah

  12. aku mula hisap rokok masa umur 18. berhenti merokok pada umur 26. Lepas lebih kurang 5 tahuhn berhenti, aku sambung kontrak (isap rokok), sebab kerja ladang kambing, selalu lepak dengan pekerja2 ladang, start balik dengan rokok daun.. terus melarat.

    Dan sekarang aku akan berhenti merokok pada 25/01/09.. atas sebab nazar.

    samdaddycools last blog post..xcident

      1. …. ko tak baik wooo isap rokok muda2 (pasal memang ko beli rokok guna duit mak bapak) 😛

        p/s – memang patut ko berhenti sekarang. Paru2 dah tak dapat bendung jelaga yang terkumpul tu beb..

        samdaddycools last blog post..xcident

  13. Bro, just quit it ! Few ways I know, You can use the timetable to count how many lives u wasted on smoking, 2) buy the anti cigarette tooth paste and everyday take one lesser of cigarette at the end no more 🙂 live healthily

    ahmikes last blog post..Want Prosperity?

  14. sama la, saya lagi aa payah, tak isap rokok je dalam 3-4 hari, trus cik ‘asthma’ datang menjengok. paling lama tak isap, 3 minggu, ingatkan dah clear la, sebab 2 minggu sebelum tu steady, tapi, masuk minggu ke-empat tak isap, trus macam org nazak..then, smoke balik, trus normal sampai skang..hehe, so, bagi saya, dialah madu, dan dialah racun..

    myfr3aks last blog post..Aku dan Vector

  15. ala… ape susah nak berhenti merokok..kalu nak berhenti merokok..mule2 kite kene tinggal kan tabiat merokok pastu isap shisha hehehe….baru boleh berhenti isap rokok…

  16. tu la silapnya…nak berhenti merokok pun ada side effetcnya..dan selalunya side effect tu lah yang membuatkan perokok itu merokok kembali…windrawal effect namanya…memang berat effect nih…tapi tu lah dia penangan rokok nih…so far aku dah berhenti merokok dalam 3bulan…apa2 aku tak mau ckp besar..mana tau 2bulan lagi aku hisap rokok balik….

  17. Aku sekarang dah 3 bulan tak merokok. aku mula cuba berhenti merokok sejak 3 tahun lepas. Tapi masa tu merokok pun selang seminggu. Siap kunyah nicoret(penahan utk tidak merokok). Tapi naluri utk merokok masih kuat.
    Pengalaman berhenti merokok dlm 3 bulan ni memang sesebesar dugaannya. Dengan penyakit gastrik, lemah badan, badan lesu semua ada.
    sekarang semua tu sudah berkurangan tapi sedikit kesan tu masih ada.

  18. ajak bbrp org kawan utk bersama-sama berenti merokok. Betting ler… contohnye sorang letak rm50.00. simpan duit tu… kl sesape merokok balik burn duit dia… last sekali sape yg boleh bertahan…dia akan dapat duit tu…ini cara utk org yg tak kuat bertahan tapi sayang duit melayang…

  19. saya dah berhenti merokok selama 7 tahun,tapi perasaan ingin merokok tu kdg2 ada,tapi tak lama cuma few second je, perasaan yang tu, yg perlu saya berhati hati,dulu masa dalam 2 week kena fight dgn diri sendiri dalam 30minit,kena kuat,sambil berdoa,usaha,tangga kejayaan,itu kuncinya sehingga kini,cara nak berhenti ada dalam diri kita,tepuk dada tanyalah?ingat orang yang tersayang….

  20. hahaha…semua tips kat atas nih semua betul…paling penting ‘our will’ untuk stop merokok..dan satu lagi element yang main peranan adalah ‘stres’…yup..nih killer bagi yang nak berenti rokok dan tgh berhenti merokok…minimum kan stres ke tahap yang boleh diterima..jgn stres melampau sbb,para perokok nih,bila stres, dia carik rokok balik…..1st: keinginan nak berhenti. 2nd :minum air kosong sebanyak mungkin. 3rd :minimumkan stres dlm diri ketahap yang boleh diterima bdn….selamat berjaya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge