Aku baru pulang dari kerja. Kehidupan malam saban hari untuk mencari rezeki halal kadang kala terasa memakan diri. Mana tidaknya, orang lain kerja dari 9 pagi sampai 6 petang, aku kerja dari 9 malam sampai 6 pagi. Kerana sesuap nasi, terpaksa aku harungi. Aku tak mahu jadi freegan !
Sekarang pukul 8:07 pagi. Aku masih mencari idea untuk menulis di sini. Dulu, terlalu banyak untuk diluahkan, tapi bila aku dah mula menulis di sini, terasa tumpul pula otak geliga aku ni. Mungkin kerana kepenatan atau mungkin kerana sel-sel otak dah banyak mati dek penangan asap rokok aku ni. Isk…mintak jauh segala penyakit (walau nampak gaya nyer sajer cari penyakit)
Hidup jadi pak guard ni memang susah sebenarnya. Ingat dok melangut jer? Sebenarnya banyak kerja beb. Kalau tak banyak kerja, masakan aku tak ada masa nak update blog. Jangan kata blog ini, blog lagi satu pon kekadang tak terdaya nak menaip. Kadang kala aku terpaksa mencuri masa menaip dengan kerja bertimbun, terkadang juga aku melalut di blog sana walaupon tutorial itu semua memang straight forward bak kata omputeh. Isk…aku buntu…ubuntu kah aku ini?
Aku gagahkan juga tangan menaip entry tidak berfaedah kali ini di sini. Yer la, takut-takut ada orang menjengah masuk. Untung-untung mereka subscribe RSS aku dalam RSS reader diorang. Dah la…daripada orang ingat aku Extremist/Sweet Thinker, baik aku mengundur diri dulu. Katil dah memanggil aku beradu.
Selamat malam pagi dunia !
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=T3drR77PzuU]
haha. xkn igt akoo nye. sbb akoo guna kata ganti diri yg menangkat pembaca. tuan puan. beliau. mau ikot doktrin nakal ku? jom!
aku ada sorang member guna akoo…sbb dia guna akoo la kantoi dia tulis citer blue..haha..aku nak sebarkan doktrin sendiri…ikut doktrin lain..akan dipikirkan dan diadaptasi jika sesuai..
*mengangkat!
aku guna vista tapi kekadang ubuntu gak nak update blog… muahahah
shaxxs last blog post..Buckle Your Family Size Up
guna ubuntu semata2 nak update blog? biar benar beb!
Tuh aku dok menaip bebanyak..dan mohon traffic aku bawa rezeki yang melimpah…
tapi….jangan lupa bayar zakat…nanti takdapa berkat.
azrin @ http://www.azrin.net
Azrins last blog post..Caring Singaporeans
ko otai beb…tak mampu aku nk lawan ko…thanks sbb sudi melawat blog aku…aku dh RSS blog ko..rasa cam banyak benda aku leh belajar dari ko niii
… Memang biol gak kepala kalau keje malam tido siang ni.. aku byk tahun gak merasa ni dulu.. tapi sekarang lagi biol.. mlm blogging, siang biz.. bila masa mau tido?
senang jer…ko beli alphard sebijik..lepas tuh..cari driver sorang..ko nak gi biz..driver bawak alphard..lepas tuh ko tido jer..hehe
Seronok gak bunyinya.. alphard dan driver… 😛
samdaddycools last blog post..Bloggers POYO?
haha…aznil pon wat opis bergerak guna alphard aper…blog baru kah?
Blog lama.. cuma baru menulis.. dulu buat untuk mengiklan…
Nanti aku keje rajin2.. kumpul duit banyak2.. aku buat rumah bergerak guna Alphard.. 🙂
samdaddycools last blog post..Bloggers POYO?
kalau aku kaya giler..aku nak beli bas..buat opis bergerak jugak…haha…lg mantap ! siap boleh sumbat katil lg…
bas.. macam cerita meet the parents… sebijik macam rumah..
samdaddycools last blog post.."Parking" kereta sukahati di Muar
Buat apa la korang ni dok cakap merapu, kalau cakap yg baik2, beri nasihat atau ilmu yang berguna kan dapat pahala….kena buat bisnis cari pahala jugak…….kan kita ni baka mati blako.
hahahahhahahahahhahahahahhahahahhahahahhahahahhahahahahhahahhahahhahahahahahhahah