Skang ni tepat pukul 12 tengah malam, 6 Disember 2008 dan aku masih belum tidur. Mungkin kau ingat aku bekerja pada malam ini, tapi sebenarnya tidak. Aku dah mula bercuti untuk pulang ke kampung. Plan asalnya pada malam ini tapi ditunda beberapa jam atas sebab tertentu.
Pada saat ini juga, 13 tahun yang dulu, aku masih belum tidur. Mungkin kerana suasana baru yang menyelubungi aku pada ketika itu. Kalau dulu aku hanya tidur keseorangan dalam bilik di rumah, pada waktu itu aku tidur di katil 2 tingkat dengan teman sekatilku bedmate Zuhdi berada di atas. Entah apa dia buat aku pon tak sedar, mungkin keadaan dia sama sepertiku…mengenang keluarga yang jauh di kampung.
Pada saat ini, 13 tahun yang dulu, aku mengenal muka-muka baru yang akan bersamaku untuk 5 tahun seterusnya. Muka-muka yang memang sedia kukenal sebelum aku melangkah ke tempat asing ini seperti Zuhdi, Kasbi dan Mazlan, ada bersamaku di tempat asing ini. Tapi bila masa melangkaui batas, aku terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada beberapa orang rakan seperjuangan yang terpaksa berpisah denganku untuk mengambil jalan asing dari jalan yang aku tempuhi ini.
Pada saat itu juga, angin malam yang dingin menemani aku di katil bercadar putih dan selimut biru dengan jalur-jalur empat warna. Pekan Kuala Kangsar terasa begitu sunyi dan sepi, sehingga aku merasakan hanya aku yang berada di sana. Ketika ini aku merasakan kegelapan yang teramat sangat walaupun diterangi oleh cahaya neon dari koridor Prep School. Hanya sesekali bunyi cengkerik dan burung hantu yang mungkin bertenggek di pokok pinang di luar tingkap memecahkan keheningan malam. Kerinduan pada keluarga mula menggamit jiwa walaupun belum satu hari aku berpisah dengan mereka. Namun aku buat keputusan untuk bulatkan tekad untuk terus bertahan kerana mengenangkan betapa bersusah payah mereka untuk menghantarku ke sini. Ma..Abah…aku tetap menghargai segala pengorbananmu sampai mati. Untuk adik-adikku di rumah, aku tak rasa mereka mengerti ketiadaan aku adalah untuk perjuangan diri sendiri, mungkin sesekali mereka ‘kan tertanya-tanya di mana aku berada.
Pada saat dan tika ini, 13 tahun sudah berlalu. 13 tahun yang kurasakan amat cepat berlalu. Memang betul orang kata, masa tak akan menunggu kita. Dari saat permulaan aku menyarung baju dan seluar putih, kasut kulit hitam berkilat yang ditempah khas kerana saiz kakiku tersangat kecil dan kini aku sudah bebas dari sebuah tempat yang mulanya kurasakan penjara jiwa, tapi telah berubah menjadi sebuah taman nostalgia. Sesungguhnya aku merindukan kepulangan aku ke masa lalu.
Dan hari ini, aku bangga dengan apa yang telah kuharungi selama 5 tahun di tempat itu. Aku juga mampu tersenyum dengan diri aku hari ini kerana 5 tahun di sana telah mencorakkan aku pada hari ini. Sekiranya aku tidak berada di sana, mungkin juga aku berada di jalan yang lain pada ketika ini. Kadang kala aku tersenyum sendirian mengenangkan nostalgia lama di sana bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain…kadang kuterasa kehilangan teman-teman sepermainan…dan di kala aku menulis entry ini, hatiku terasa sebak…mungkin penuh penyesalan kerana semua masa itu telah berlalu namun hidup mesti diteruskan.
For brothers of 9600, it’s been 13 longs years since the first day we were gathered. I’m taking this opportunity to say that I’m proud to be among all of you and happy 13th anniversary 9600 thoroughbreds. May God bless all of us…Never forget! (cilok tag line FQRL jap).
Yours truly,
~9605400~
More tributes:
Noktah Hitam – Thicker Than Blood
life4hire – My Past Featuring Noktah Hitam
p/s : emo sial aku menulis entry ni..rasa sebak dan syahdu duh !
aiseh.. jgn ar sedih2.. ni yg buat khai teringat member2 jugak ni.. T.T
Khais last blog post..Photos: Pesta Gay di Malaysia.Yeah!
sedih sbb terkenang nostalgia lama beb…sedih woo…pegi tulis entry pasal skolah lama…tulis pasal gay plak dah…
Buat MCOBA rupanya…. Hmmm… buat akuy nak cite akunya boarding school…
kruel74s last blog post..How my firm starts_4
cantek..aku nak baca gak pasal ko…tp ko nak tulis kt blog mana satu ni…aku RSS ko nyer firm nyer blog jer nii
sbnrnya ade sorang lg mmbr ko dak kolek. tp die xnk akoo kasik taw ko, noktahhitam. haha…
ceh…ko tak cakap pon aku dh tahu beb
Kenangan zaman belajo ek…
Biasalah kadang2 terkenag gak kisah2 lalu,…
Menandakan kita makin tua
zools last blog post..Aku sudah makin tua
btol tuh zool..teringat time2 dulu…boleh happy jer manjang..kekadang aku tgk bebudak kecik pon jeles..tetiap hari bermain tanpa ada risau dlm kepala otak..
nape ko tule bunyi macam cerite porn melayu? ke otak aku yg kuning?
NoktahHitams last blog post..Thicker Than Blood
hampeh…aku punya la tulis ngan penuh perasaan…maybe tulis dengan penuh perasaan dan dihuni oleh kegersangan gamak nyer..
jamu psikologi kunjungi : http://www.setansatan.blogspot.com jamu memang pahit
Alhamdulillah, mudah2an lebih insaf kini 13 lebih tua dan lebih dekat dengan penghujung hidup di dunia!……elok buat persiapan untuk ke sana..